Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Dari Terminal Bersepadu Selatan Ke Johor Bahru

#TRAVELBLOGGER : DARI TERMINAL BERSEPADU SELATAN KE JOHOR BAHRU

Aku pernah melalui perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan aka TBS ke Johor Bahru untuk satu urusan dengan Universiti Teknologi Malaysia. Satu perjalanan yang panjang dan meletihkan. Tetapi juga menyeronokkan.

Aku menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan pada waktu pagi dan sampai di sana bila dah petang. Perjalanan memakan masa selama 5 hingga 6 jam. Memang lama sampai bontot aku keras duduk dalam bas tu. Banyak masa aku habiskan dengan tidur sahaja memanjang. Haha.

Bas berhenti rehat di Yong Peng di mana kawasan rehatnya umpama kawasan rehat milik cina. Nama pun Yong Peng, of courselah kan. Haha.

City Square JB

MENGINAP DI HOTEL TROPICAL INN

Pemandangan Selat Tebrau Dari Hotel Tropical Inn, Johor Bahru.
Sampai di sana, aku mencari hotel untuk menginap dan aku mendapat satu hotel yang murah berhampiran dengan City Square yang mana kadar sewa semalaman hanyalah RM120. okay. memang murahlah katakan. Selesa pun selesa. Aircond-astro-wifi pun ada. Hotelnya pun berhampiran dengan pusat tumpuan utama.


MENUMPANG KAWAN UNTUK KE UTM


Pagi esoknya, aku menumpang kawan untuk menghantar aku ke UTM sebab aku tak biasa dengan johor bahru walaupun aku dilahirkan di sana. Ya, aku di lahirkan di JOHOR BAHRU sebab itu dalam myKad aku tercatat 01. Bukan 06 bagi orang Pahang. Sebab itulah kenapa aku sokong JDT lebih daripada aku sokong Pahang dalam Liga Super dan Piala Malaysia. Orang Pahang jangan marah aaa... Kih kih kih.

PERJALANAN DARI JOHOR BAHRU TERUS KE KUANTAN.


Selepas menyelesaikan urusan aku di UTM untuk mengambil transaksi diploma, esoknya aku terus menaiki bas ke Kuantan kerana ada hal yang perlu dibereskan pula.

Satu perjalanan yang memakan masa selama 6 hingga 7 jam di mana perlu berhenti di Mersing terlebih dahulu. Aku menaiki bas Transnasional dalam jam 10 atau 11 malam. memang sejuk kalau tak bawa sweater atau tak pakai baju tebal. seriusli.

Sebab itu aku akan pastikan aku bawa sweater jika aku dalam perjalanan jauh. WAJIB tu. Kalau tak mahu mati kejung dalam bas. Haha.

Di kuantan, aku hotel bajet rm50 semalam dan esoknya aku selesaikan urusan aku di Kuantan. Selepas selesai urusan aku di Kuantan, aku terus menaiki bas ke Kuala Terengganu yang memakan masa 3 jam lebih kurang.

Sekian perjalan kembara aku yang berkelana ke mana-mana dengan pengangkutan awam. Penat-letih itu dah biasa.

Selamat berkembara kelana !


2 Komentar untuk "#TravelBlogger : Dari Terminal Bersepadu Selatan Ke Johor Bahru"

Jalan-jalan dengan bersepeda akan menyehatkan bukan hanya fisik tapi juga secara psikologis. namun perlu diperhatikan agar jangan terlalu berat dalam mengayuh. Harus ada jeda istirahat, dan setelahnya dibantu dengan nutrisi agar tubuh tetap fit

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD