Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Cara Untuk Pergi Ke Midvalley Megamall

Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini aku akan kongsikan mengenai pengalaman aku menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke Midvalley Megamall. Siapa yang tak pernah dengar tentang Midvalley Megamall maka dia bukanlah rakyat Malaysia. Eh ! Haha.

Okay. Aku gurau sahaja.



DARI KL SENTRAL KE MIDVALLEY

Okay. Jika anda telah tahu cara nak pergi ke KL Sentral dari mana-mana Terminal Bas, sama ada dari Hentian Putra, Hentian Pudu raya ataupun dari Pekeliling. Anda cuma selangkah sahaja lagi untuk sampai ke Midvalley Megamall.

Caranya?

1. Anda beli tiket Komuter KTMB dan kemudian anda pilih stesyen anda "Midvalley". Naik ikut platform yang di sediakan. Jika tak tahu, tanya kepada kerani di kaunter ataupun pengawal di pintu masuk komuter. Midvalley hanyalah satu hentian sahaja dari KL Sentral.

2. Anda beli tiket di Kaunter LRT RapidKL dan destinasi tujuan anda adalah "Bangsar". Anda harus turun di situ dan seterusnya menaiki bas yang terletak di bawah stesyen LRT Bangsar. Anda boleh tanya pegawai yang  bertugas atau orang di ada di situ bas mana anda kena naik.



DARI TERMINAL BERSEPADU SELATAN ke MIDVALLEY.

Untuk perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan aka TBS, anda hanya ada satu option iaitu KOMUTER. Anda kena beli Tiket di kaunter ataupun dari mesin yang terletak di situ. Anda boleh juga rujuk artikel aku sebelum ini tentang perjalanan dari TBS ke SOGO.

Anda boleh naik terus tren tersebut sehingga sampai ke stesyen komuter Midvalley. Jika anda terlajak, anda akan sampai ke KL SENTRAL pula. Haha.


DARI TERMINAL HENTIAN PUTRA KE MIDVALLEY.

Dari hentian putra, pertama sekali anda kena pergi ke KL SENTRAL. Ataupun anda boleh terus pergi ke Midvalley jika anda menaiki tren komuter ke Seremban.

Tetapi jika anda menaiki tren ke Pelabuhan Klang, anda perlu menukar tren anda di KL SENTRAL. Untuk lebih penjelasan bagaimana hendak pergi ke KL SENTRAL dari Terminal Hentian Putra, anda boleh baca artikel perjalanan Dari Terminal Putra Ke KL Sentral.


DARI HENTIAN PUDURAYA KE MIDVALLEY.

Dari Hentian Puduraya, anda perlu menaiki LRT untuk ke BANGSAR. Namun begitu, destinasi "exchange point" yang perlu anda tahu adalah di Masjid Jamek. Anda perlu menukar tren anda untuk menghala ke Kelana Jaya. Tapi anda tak perlu pergi ke Kelana Jaya pun sebenarnya. Pilihan anda adalah.

1. Anda beli tiket di LRT Plaza Rakyat dan destinasi anda adalah "Bangsar". Anda harus tukar tren LRT anda di Masjid Jamek. Boleh tanya pegawai di kaunter jika anda tak tahu mana arahnya.

2. Anda beli tiket di LRT Plaza Rakyat dan destinasi anda adalah KL Sentral. Bila sudah sampai di situ, anda boleh baca cara arahan paling awal sekali tadi. "Dari KL SENTRAL ke Midvalley".


DARI TERMINAL PEKELILING KE MIDVALLEY.

Dari Terminal Pekeliling, anda boleh naik LRT terus ke Masjid Jamek dan tukar tren anda untuk ke KL Sentral. Kemudian naik komuter ke Midvalley.

Atau, anda boleh naik MONORAIL terus ke KL Sentral dan kemudian naik komuter terus ke Midvalley.

Simple kan?


Semoga apa yang aku kongsikan dan aku tulis ini mampu memberikan manfaat kepada anda.

Selamat Berkembara Kelana.


4 Komentar untuk "#TravelBlogger : Cara Untuk Pergi Ke Midvalley Megamall"

midvalley... pernah masa mula2 pegi dulu koi dgn rodong 2 jam cari keta lupa letak mana.. berpeluh mencari siap naik moto guard cari keta.. adoiii..

Saya pernah ke midvalley ni dgn menaiki komuter sahaja...tak pernah lagi cuba yang lain

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD