Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Buat Duit Dengan Bercuti

[ Pesan Aku : Rahsia ini tak ramai orang yang tahu. Maka sila kongsikannya seperti mana aku kongsikan kepada anda. Berkongsi ilmu dan rezeki itu menambahkan rezeki anda. InsyaALLAH ]

Ramai orang tahu bahawa cuti mampu menghabiskan duit poket anda. Jadi apa kata anda gunakan percutian anda itu untuk mendapatkan income dan percutian. Bagaimana caranya nak bercuti dan menjana pendapatan dari percutian anda? Baca sampai habis.



BUAT DUIT DENGAN PERCUTIAN

Tak kiralah ke mana sahaja anda pergi, ke mana sahaja anda mahu pergi, atau ke mana sahaja destinasi anda, tempat-tempat menarik yang anda lawati, anda boleh buat duit dengan percutian anda.

Syaratnya mudah sahaja, apa syaratnya? Mari baca.


1. Wajib ada blog sendiri dan berbahasa Malaysia.

2. Wajib tulis artikel tentang percutian anda. Dalam artikel tersebut, masukkan :


  • Pengenalan tentang tempat percutian tersebut.
  • Lokasi percutian
  • Cara untuk pergi ke tempat percutian tersebut.
  • Apa yang menarik di tempat percutian tersebut.
  • Aktiviti yang boleh dilakukan.
  • Penginapan di tempat percutian.
  • Makanan yang di sajikan.
  • Kesimpulan tentang tempat percutian anda.

SETIAP ARTIKEL YANG TERSIAR DI BAYAR RM50.00

Setiap artikel yang anda tulis dan tersiar di laman web tersebut akan di bayar RM50. Tiada had artikel yang boleh anda submit atau hantar. 

Jika anda ada 10 artikel tentang percutian, anda boleh menjana sehingga RM500 sebulan. Tapi itu belum lagi. Malah anda boleh dapat lebih daripada itu.


SETIAP LIKE UNTUK ARTIKEL DI BAYAR RM1.00.


Setiap LIKE untuk artikel anda yang di approve akan di bayar RM1.00 dan maksimum bagi like adalah RM100. Jika anda boleh dapat 100 like bagi setiap 10 artikel anda di Facebook, anda boleh menjana pendapatan sehingga maksimum RM1000 sebulan !

Itu cuma untuk 10 artikel, bagaimana pula dengan 20 artikel? 30 artikel? sudah pasti anda mampu menjana wang yang lebih banyak !

Lebih lumayan daripada anda buat blog biasa dan tunggu income dari Nuffnang masuk yang memakan masa berbulan-bulan untuk habis.


BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENDAFTAR?


Ramai yang tak tahu tentang ini sebenarnya. Tapi sebab aku baik hati nak share kepada blogger-blogger di Malaysia. Aku share benda ni untuk anda. 

Aku tak mintak banyak. Oleh kerana apa aku share ini adalah percuma, mohon juga share apa aku tulis ni kepada orang ramai. InsyaALLAH, masing-masing ada rezeki masing-masing.

Daftar kat sini laju-laju >> Buat Duit Dengan Percutian.

Semoga Bermanfaat !


2 Komentar untuk "#TravelBlogger : Buat Duit Dengan Bercuti"

Wow..offer menarik untuk kaki jalan. Boleh tambah duit poket..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD