Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : 2 Jam Perjalanan Dari Kuantan Ke Temerloh.

Aku tinggal di Pahang, maka, bila sebut perjalanan dari Kuantan ke Temerloh atau dari Temerloh Ke Kuantan itu aku dah biasa sangat. Kata orang, alah bisa tegal biasa.

Perjalanan menaiki bas Transnasional dari Kuantan Ke Temerloh memakan masa selama dua jam. Dan perjalanan tersebut biasanya tak ikut Lebuhraya Pantai Timur. Ia ikut jalan biasa atau orang panggil highway lama.

Macam mana nak beli tiket bas?

Tiket Bas boleh didapati dari Terminal Bersepadu Kuantan yang terletak di Bandar Indera Mahkota. Terminal baru, jauh sikit dari pusat bandar Kuantan.

Harga tiket tak lebih daripada RM15. maka, sila sediakan duit yang secukupnya. Kalau tak cukup pandai-pandailah nak cukupkan ya. Ahaks.


Perjalanan dari Ke Temerloh akan melewati tiga daerah iaitu Kuantan, Maran dan Temerloh. Bas pula boleh berhenti sama ada di Maran, Simpang Bandar Jengka ataupun di mana-mana sahaja dalam laluan tersebut sebelum sampai ke destinasi akhir Terminal Bas Ekspress Temerloh.

Apa Yang Menarik di Temerloh?

Ada banyak tempat-tempat menarik di Temerloh untuk anda Eksplorasi jika anda mahu. Antaranya adalah, Taman Sanktuari Kuala Gandah yang terletak di Lanchang, Taman Mergastua yang terletak di Jalan Bahagia, Tempat Penternakan Patin Sangkar di tepi sungai pahang, Esplanade Temerloh yang memiliki Jambatan Gantung yang menyeberangi Sungai Pahang.

Esplanade Temerloh

Sanktuari Gajah Kuala Gandah

Makanan-makanan sedap di Temerloh?

Tak lengkap anda datang ke Temerloh jika anda tak merasakan Ikan Patin Masak Tempoyak Pak Usop. Pak Usop dah meninggal namun resepinya diwarisi oleh anak lelakinya. Memang sedap. Wajib cuba.



Satu lagi yang perlu anda cuba adalah Restoran Ayam Penyet Ambia. Kalau nak merasa Nasi Ayam Penyet Super Pedas sampai berpeluh-peluh, inilah tempatnya. Lokasinya terletak di Persimpangan Batu Tiga. Jalan sebelum anda masuk ke highway pantai timur untuk ke Terengganu ataupun ke Kuala Lumpur.

Sekian sahaja coretan aku saat ini. Selamat Berkembara Kelana.


2 Komentar untuk "#TravelBlogger : 2 Jam Perjalanan Dari Kuantan Ke Temerloh. "

Banyak aktiviti sebenarnya yang boleh dilakukan kalau kita semata-mata melancung atau bercuti. Dengan perancangan yang betul bole cover banyak tempat tu..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD