Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Rancang Percutian Bajet Ke Eropah Bersama UncleZuan.Com.



Seorang kawan facebook dan blog, Uncle Zuan telah merancang percutian ke Eropah. Sebuah percutian untuk mengelilingi eropah dalam kos bajet rendah.

Beliau telah mengajak kawan-kawan facebook dan blogger untuk turut serta bersama-sama dalam percutian tersebut.

Salah seorang travel buddies uncle pun ada PM uncle, meluahkan rasa rindu beliau dengan negara-negara di Eropah. Untuk pengetahuan, beliau kerap travel ke negara Eropah, jadi dah tau seelok belok negara eropah, seperti tempat menarik yang wajib di lawati, tempat makanan halal, dan pastinya dah tau macam mana nak jimat travel ke sana secara backpacker (travel cheap). 

Jadi kami dah meeting dan membuat keputusan untuk ke sana dalam bajet yang rendah iaitu serendah RM3500/head sahaja tak termasuk flight. Bajet adalah termasuk penginapan dan transportasi semasa di sana. Makan sendiri sendiri la ye, lagi best kalau kita masak sama-sama, lagi jimat! 
Mana yang akan kami cover? LondonParisBrusselsAmsterdam dan Frankfurt!
Menarik kan tempat kami nak cover ni? Semua ni akan di cover dalam 11 hari. Yups, 11 hari di eropah dengan hanya RM3500! 
Ini adalah anggaran trip bersama yang telah kami usahakan khusus kepada yang teringin nak ke negara eropah dengan bajet yang rendah. 
In sha Allah, kalau mencukupi quota, kita akan berangkat pada 25 Desember 2015 dari KL, dan pulang semula ke Malaysia pada 7 Januari 2016.
Quota kami adalah terhad kepada 8 orang sahaja. Cukup quota, kita jalan.
Anda berminat nak join? Add beliau di Facebook. Klik Sini.

Aku pun sebenarnya berminat nak join tapi takut fulus tak cukup pulak nanti. At least kena ada dalam RM10k jika mahu travel ke Eropah. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak travel tu silalah hubungi beliau.

Katakunci : percutian bajet ke eropah yang murah dan berpatutan.

9 Komentar untuk "Rancang Percutian Bajet Ke Eropah Bersama UncleZuan.Com."

Boleh dah tu kumpul duit start dari sekarang. haa... cenggitu.

ada bajet.

tapi masalahnya..takde masa kot. Jadual penuh.

Nanti datang wehh majlis akikah anak aku hujung tahun nih.

hoho

Wow..menarik offer tu..RM3500 untuk semua tempat tu..

Kalau 3500 ok lagi untuk 11 hari. Tapi kalau sampai 10K bukan backpacker dah namanya tu...percutian mewah dah jadinya :)

insyaALLAH bro... time tu aku dah duduk KL dah. heheh. kenduri kat mana bro?

ya..menarik..tapi tu lah... duit tiket flight tuuuu.... ingat murah.. hahah...

kalau dengan saya. memang kena banyak tu... sebab bukan selalu boleh pergi. haa..cenggitu...

Eropa adalah tempat yang sangat menyenangkan. Namun budget anda harus dipersiapkan dengan cermat agar tidak mengalami maslah. ikuti tips-tips travel ke eropa di berbagai website atau blog sebelum melakukan perjalanan.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD