Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Buku Rich Dad Poor Dad Versi Bahasa Melayu

Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia.

Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini. Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:

  • Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh 
  • Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang 
  • Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
  • Menjadikan wang bekerja untuk kita


Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”
- Robert T. Kiyosaki

APA KATA RAMAI?


Buku ini adalah buku pendidikan kewangan dan pengubah persepsi kita terhadap kebebasan kewangan. Sesiapa yg sudah penat untuk menjalani kehidupan seharian yang membosankan; pagi pergi kerja, balik petang, tidur, dan ulang, Buku ini sesuai untuk anda! Terima kasih R. Kiyosaki!


RUMAH ADALAH ASET ANDA!

Hari ini, kebanyakan orang masih mencabar pendapat saya, iaitu rumah bukanlah aset kita. Saya tahu bagi kebanyakan orang, memiliki rumah sendiri adalah impian mereka dan pelaburan mereka yang terbesar.

Memiliki rumah sendiri adalah lebih baik berbanding tidak memiliki apa-apa. Selalunya, saya memberi cara pandang alternatif bagi dogma popular ini. Sekiranya saya dan isteri hendak membeli rumah yang lebih besar, kami sedar ia bukan aset kami. 

Rumah besar itu akan menjadi liabiliti kerana ia menyebabkan wang keluar dari poket kami. 

Ini adalah hujah-hujah yang saya hendak kongsikan. Saya tidak mengharapkan semua orang bersetuju dengan apa yang tertulis di bawah, kerana rumah kita dapat menjadi perkara yang menyentuh emosi. 

Dan apabila menyebut perihal wang, emosi selalunya menyebabkan manusia memandang remeh kepintaran berkaitan wang. Daripada pengalaman peribadi, saya faham yang secara emosi wang dapat mempengaruhi keputusan yang kita buat.

1. Apabila bercakap perihal rumah, ramai orang bekerja sepanjang hayat bagi membayar hutang rumah yang tidak pernah mereka miliki. Dalam kata lain, ramai orang membeli rumah baru setiap tahun, dan setiap pembelian menambah hutang mereka selama 30 tahun.

2. Meskipun pembeli rumah mendapat pengecualian cukai atas faedah bayaran gadai janji, mereka tetap membayar cukai bagi lain-lain perbelanjaan, termasuklah ketika mereka sudah melunaskan hutang rumah.

3. Ibu bapa mentua saya terkejut apabila cukai pintu rumah mereka bertambah 1,000 dolar sebulan. Hal ini berlaku selepas mereka bersara. Kenaikan ini menjejaskan bajet persaraan mereka. Oleh itu, mereka terpaksa mencari rumah lain.

4. Nilai rumah tidak selalunya naik. Saya ada rakan-rakan yang berhutang jutaan dolar bagi sebuah rumah yang harganya jauh lebih rendah sekiranya dijual sekarang.

5. Kerugian terbesar adalah apabila terlepas peluang-peluang besar yang lain. Sekiranya kesemua wang kita digunakan bagi membayar hutang rumah, kita terpaksa bekerja lebih keras kerana wang terus mengalir keluar dari kolum belanja, berbanding bertambah di kolum aset. Beginilah aliran tunai bagi orang kelas menengah.

Sekiranya pasangan muda menyimpan lebih banyak wang dalam kolum aset mereka sejak awal, hidup mereka lebih senang pada masa hadapan. Aset mereka bertambah dan dapat menampung perbelanjaan lain. Selalunya, rumah hanya berfungsi sebagai cagaran bagi membuat pinjaman baru dan membayar perbelanjaan yang semakin meningkat.



Oleh Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad.


4 Komentar untuk "Buku Rich Dad Poor Dad Versi Bahasa Melayu"

kalau aku tak baca buku ni, harini mesti aku banyak liabiliti daripada aset

maksudnya kat sini kau dah bacalah buku ni ya? perrgghhh... mantap !

versi melayu dan english, dua-dua aku dah baca.

Buku ini merupakan salah satu buku dari tiga buku karya Robert T. Kiyosaki yang terkenal. Sangat bagus untuk dikoleksi. saya membacanya berkali-kali..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD