Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger - Dari Terminal Putra Ke KL Sentral.

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya aku tak menulis mengenai perjalanan. Apa yang aku tuliskan semua ini adalah pengalaman aku sendiri. Pengalaman aku menaiki pengangkutan awam ke mana mana dan berjalan kaki,

Kali ini aku akan bercerita mengenai perjalanan aku dari Terminal Putra di PWTC ke KL Sentral. Sebagai makluman, Terminal Putra adalah Terminal Bas yang menerima kedatangan dan keberangkatan dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang ke negeri Kelantan dan Terengganu. Terminal ini terletak cuma di hadapan bangunan Putra World Trade Center atau Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.

Dari Terminal Putra Ke KL Sentral.

Sekiranya anda mahu ke KL Sentral dari Terminal Putra, anda perlu berjalan kaki menyusuri lorong pejalan kaki keluar ke belakang terminal ini. Di situ terletaknya Stesen Komuter Putra. Anda boleh nampak stesen komuter tersebut jika anda keluar dari Terminal Putra. Tidak jauh pun sebenarnya. cuma di seberang jalan.



Dari situ anda boleh membeli tiket melalui mesin tiket mahupun di kaunter untuk pergi ke Stesen KL Sentral. Tapi pastikan anda menunggu di seberang kaunter tersebut. jangan pula anda tunggu di sebelah kaunter, karang tak pasal-pasal anda berada di Ipoh, Perak. Haha.

Dari KL Sentral Ke Hentian Putra.

Sekiranya anda mahu ke Terminal Hentian Putra dari KL Sentral pula, anda boleh membeli tiket di kaunter yang di sediakan dan tunggu di platform di mana tren tersebut menghala ke Sentul atau Rawang.

Selesai sudah.

Selamat berjalan. Semoga selamat sampai semuanya. InsyaALLAH.


0 Komentar untuk "#TravelBlogger - Dari Terminal Putra Ke KL Sentral."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD