Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Perjalanan Dari Temerloh Ke Kuala Terengganu Melalui Kuantan

Aku ingin menceritakan mengenai perjalanan aku menaiki bas ekspress dari Temerloh ke Kuala Terengganu melalui Kuantan, Pahang di mana aku menaiki aku boleh menaiki bas ekspress di Terminal Bas Ekspress Temerloh. 

Dari Terminal Bas Ekspress Temerloh Ke Kuantan.

Untuk ke Kuantan, aku perlu menaiki bas Transnasional dengan membeli tiket di kaunter yang disediakan. Tiket Bas mula di jual seawal jam 8 pagi sehinggi jam 8 malam. bas akan berjalan dalam jadual sejam sebuah bas jika pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pada hari-hari lain, bas akan berjalan dalam tempoh masa dua jam sekali jalan. bergantung kepada jumlah penumpang. 

2 Jam Perjalanan dari Temerloh Ke Kuantan. 

Perjalanan dengan bas ekspress ke dari temerloh ke kuantan mengambil masa selama dua jam seperti mana perjalanan dari temerloh ke kuala lumpur. Bas tidak akan berhenti rehat di mana-mana. Bas hanya akan berhenti rehat di Stesyen Bas Darul makmur yang terletak di Bandar Indera Mahkota, agak jauh dari pusat bandar Kuantan. 



Dari Terminal Bas Kuantan ke Kuala Terengganu.

Ada dua bas ekspress yang menyediakan perjalanan dari terminal bas kuantan ke kuala terengganu. yang pertama adalah bas Transnasional dan juga bas Nini Ekspress. Anda boleh pilih mana-mana satu bas yang anda mahukan untuk dinaiki. Destinasinya tetap sama. Perjalanan paling lewat adalah pada jam 10 malam. 

3 Jam Perjalanan Dari Kuantan Ke Kuala Terengganu.

Biasanya jika perjalanan dari Kuantan ke Kualan terengganu, ia akan mengambil masa selama 2 jam. bergantung kepada berapa kerap bas tersebut berhenti. Kebiasaannya, bas Transnasional akan berhenti di dungun dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Kerana ia akan mangambil penumpang.

Kedua-dua jenis bas ini akan berhenti rehat di Rantau Abang. Tapi tak lama la. Sekejap ja. lepas lah juga untuk membuang atau makan. haha.

Sampai di Terminal Bas Kuala Terengganu, Anda boleh pilih untuk menginap di hotel2 sekitarnya. Terdapat banyak hotel di sekitar Terminal tersebut. Anda boleh boleh gunakan khidmat teksi untuk menghantar anda ke destinasi tujuan. Atau anda boleh sahaja berjalan kaki.

Antara hotel-hotel yang popular di situ untuk golongan Backpackers dan pelancong bajet adalah Ping Anchorage di mana sewanya bermula dengan RM25 sahaja semalam. Murah kan? 

Haha...

Selamat bercuti. Lain kali aku cerita lagi okay?


1 Komentar untuk "#TravelBlogger : Perjalanan Dari Temerloh Ke Kuala Terengganu Melalui Kuantan"

Selamat dtg ke negeri kami..dekat dh dgn rumah hamba tu rantau abg...tepi pantai kan..hehe

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD