Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

11 Orang Blogger Lelaki Terbaik Pilihan PBLegacy 2015

Bismillaahirrohmaanirrohiimm...

Kali ini aku akan menulis mengenai 11 orang blogger lelaki terbaik pilihan PBLegacy 2015 dari sudut pandang seorang blogger seperti aku.

Ia bukan dari sudut pandang orang lain. Tetapi dari sudut pandang aku sendiri. Berdasarkan pemerhatian aku kepada blog nya. Kepada apa yang disajikan di blognya. bukannya apa yang ia ada di facebook, twitter mahupun instagram.


Seorang photoblogger dan juga webdeveloper yang menjadi salah seorang dari pada pilihan aku. Mamat nih memang femes. dan dah femes pun. tak macam aku. dia kenal aku. aku kenal dia. tapi lebih ramai orang kenal dia daripada kenal aku. maklumlah aku kan blogger low profile. 

Mamat blogger ini memang sangat pakar dalam bidang design and build websites-blog tak kisahlah apa benda yang hangpa nak. haha.


Tak sempurna senarai 10 blogger lelaki terbaik aku jika aku tak masukkan Sifu Blogspot ini dalam senarai. Orang yang paling kuat daya tahan dalam blog tak macam orang lain. Ramai blogger hidup segan mati tak mahu tetapi dia nih memang full income dia datang dari blog dan bukannya dari tempat lain. Duta Zenfone pulak tu. Demm...


Okay, blogger yang sering memenangi banyak contest seo yang dianjurkan di Malaysia. Kebanyakan keyword ini dimonopoli olehnya yang mana mencukupkan syarat bagi aku untuk meletakkan dia salah seorang daripada 11 blogger lelaki terbaik pilihan aku.

Nama sebenarnya adalah rahsia tetapi di facebook, dia lebih dikenali sebagai Kucha Lana. Pada awalnya aku ingat dia perempuan. Sekali balak daaaa... kecewa oii !!


Sifu Income Blog yang mengajar ramai orang untuk buat income dari blog dengan Kitab Pink Teknik Seo Merah Jambu dia tu. Kitab yang kini dah menghampiri 4000 orang pembaca. Seorang lelaki yang tak terkalah dalam menjana income menerusi blog beliau. Hebat !


Lelaki pertengahan umur yang sungguh budiman dan juga menjadi pelopor kepada suara blogger di Malaysia. Melaluinya komuniti blogger mula menjadi sasaran ramai syarikat dan juga perusahaan untuk membantu mempromosikan produk-produk mereka. Blogger ini menjadi blogger inspirasi aku sejak di awal pembabitan aku dalam dunia blog secara serius.


Blogger lelaki yang pernah menggondol Best Travel Blog beberapa tahun lepas di acara yang kali pertama di adakan. menjadi rebutan banyak syarikat-syarikat penerbangan dan pelancongan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. 


Blogger yang sama-sama naik dengan aku suatu ketika dahulu dalam perang nuffnang. kini blogger ini semakin laju menapak ke hadapan dalam langkahnya di dunia blogger. Aku kagum pada semangatnya untuk terus melangkah ke hadapan dan ia melayakkan mamat nih duduk dalam senarai 11 blogger lelaki terbaik pilihan aku.

8. Rileksminda.Com

Blogger yang aku tak pernah kenal pun siapa dia ni tapi kewujudannya dirasai dalam mana-mana pertandingan contest SEO yang dianjurkan di Malaysia. Merupakan salah seorang daripada blogger lelaki terbaik yang menjadi pilihan aku.

9. Blogginspired.com

Juga salah seorang daripada blogger yang menjadi pilihan aku. aku mengagumi kemampuannya untuk mengendalikan beberapa blog yang memang menjadi kegemaran google. kualiti artikel yang disajikannya memang lain daripada yang lain.

10. MyRujukan.Com

Blogger yang aku mungkin pernah jumpa dan mungkin juga tidak. entahlah. aku pun tak ingat. apa yang aku tahu. blogger ini juga sama-sama menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan tambahan.

11. BroFramestone.com

Blogger otai yang menjadi saingan aku sejak sekian lama. mamat perut buncit sentiasa maju ke depan yang seringkali menanahkan kedengkian dan kebencian aku kepada beliau dengan gambar bersama retis, artis dan juga awek-awek bertudung comel. Demm...

Penutup.

Dan sudah pasti menjadi satu kewajipan bagi aku untuk meletakkan beberapa nama yang popular dalam entri aku ini. Antaranya, Eizil.Com, Shakiddo.Com, HazmanFadzil.com, MahaMahu.Com , MohdFairiz.com dan banyak lagi blogger lelaki lain.

Tetapi oleh kerana tajuk entri aku hanyalah untuk 11 orang blogger lelaki terbaik pilihan aku. maka sudah pasti aku terpaksa letakkan hanya setakat itu sahaja.

Sesiapa yang tak masuk dalam senarai ini, aku minta maaf. Bukan kerana kalian tidak layak. tetapi kerana korum tak cukup. Maaf ya.

Salam Perjuangan.



15 Komentar untuk "11 Orang Blogger Lelaki Terbaik Pilihan PBLegacy 2015"

Nama gua bau pun tarak... Haish

Aku rasalah kan.. yang no. 11 tue.... Diletak semata-mata nak luahkan amarah dan ketidakpuasan hati yang terlampau diluar imaginasi manusia biasa.

Sedikit pun aku tak merasakan kau nie saingan aku...

Mungkin banyak sangat kategori yang aku masukan sampai x sedar siapa saingan yang sedia ada bersaing dengan aku...

if nak amik awek2 comel bertudung tue... g la amik... xpe.. gua ok je kalau mu nak amik gambar dengan mereka..peace...!!!

okey.

yeop rasa tersenarai paling bawah sekali. entahlah mungkin 100 atau 500 orang blogger lelaki pilihan.

well, yeop memang low profile, malas nak menunjuk. kbai

Selagi ada daya, selagi ada minta nak tulis, aku tulis je .. benda yang aku tahu .. aku suka tulis .. nak tulis kat buku catatan, tulisan udah tak berapa nak lawa .. haha

Depa semua memang baguih habaq hang

erkkkk tetiba ni.. apa apa pun tenkiu encik PB

Ambo memang tak layak, byk lagi kena belajar dgn dorang 11 blogger lelaki ni...

okay... aku delete japgi... hahahaha...

sebab kau main dengan artis n retis serta awek2 bertudung comel la kau jadi pilihan aku...

demmm...

lu kaki makan mana boleh taruk... ek eleh...

next year boleh try... haha...

selamat berjaya juga pakcik kaki travel... haha...

ko perli aku ke PB..hahahah..masih ajuh lagi aku nak duk dlm group blogger terbaik nih...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD