Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#TravelBlogger : Naik LRT KTM Komuter Dari Terminal Bersepadu Selatan Ke Sogo.

Assalamu'alaikum.

#TravelBlogger : Naik LRT KTM Komuter Dari Terminal Bersepadu Selatan Ke Sogo. |
Haa.. kali ini aku nak cerita perjalanan travel aku keliling Kuala Lumpur hanya dengan menaiki pengangkutan awam. Apa yang akan aku sajikan ini adalah apa yang aku alami sendiri. Oleh sebab aku selalu pergi ke mana-mana dengan menaiki pengangkutan awam, maka aku suka untuk share semua apa yang aku tahu kepada kelompok pembaca.

Macam mana nak pergi SOGO dari Terminal Bersepadu Selatan aka TBS?

Terminal Bersepadu Selatan  : Sumber - mycen.my

Terminal Bersepadu Selatan terletak di jajaran 4 pengangkutan awam utama. Bas, Klia Transit, KTM Komuter, dan juga LRT (dulu dikenali sebagai STAR LRT).

Jika anda mahu pergi ke Sogo dari TBS, ada 2 jenis option yang boleh anda pilih. Yang pertama adalah dengan menaiki KTM Komuter. Yang kedua adalah dengan menaiki LRT.


  • Fesyen Terkini Untuk Gadis-Gadis Comel >> World W Fashion


Option 1 : Menaiki KTM Komuter.

Okay, jika anda pilih untuk menaiki komuter, anda harus keluar dari TBS dan pergi ke jejantas. Pastikan anda terus jalan sehingga anda berjumpa dengan kaunter KTM Komuter. Berhenti di situ dan beli tiket anda. Harga tiket adalah bergantung tetapi tidak pernah lebih daripada RM5. Pastikan anda ada RM5 sekurang-kurangnya. Kalau tak ada, pepandailah cari sampai ada. Minta sedekah pun boleh. Haha.

Ke mana destinasi tujuan? Haa... ini yang perlu anda tahu. Pilih Destinasi tujuan anda kepada "Bank Negara". Dan bayar harga tiket anda. Selepas itu anda tunggulah di platform yang disediakan (sebelah TBS). Bila tren dah sampai, naiklah sehingga sampai ke tempat tujuan anda iaitu BANK NEGARA.

Turun dari platform itu, anda harus melalui jejantas yang terletak berhampiran dengan Bank Negara untuk pergi ke seberang. Jejantas ini sangat panjang. Aku sarankan anda berteman sekiranya melakukan perjalanan pada waktu malam kerana jejantasnya sunyi. Kang apa-apa jadi kang susah. Haaa...

Bila dah sampai ke seberang tu, anda akan nampak stesyen LRT Bandaraya. Sogo cuma kat depan dia sahaja. Setel. Anda dah selamat sampai ke destinasi. Woahha !




Option 2 : Naik LRT Ke Stesyen Bandaraya.

Option ni paling senang sebenarnya. Keluar dari TBS, terus jalan ikut jejantas. Nampak kaunter KTM, jangan pandang. jalan terus sampai anda nampak kaunter LRT. Berhenti kat situ. Beli tiket pergi ke Stesyen Bandaraya.

Bila anda naik tu, kalau anda lelaki, usha-ushalah awek2 cun kekonon nak tanya jalan ke kan. Untung-untung awek tu satu destinasi. Lagi untung kalau awek tu bagi no fon n whatsapp dia. Haha.

Dah sampai stesyen bandaraya. Pepandailah nak turun. sebab SOGO cuma kat depan dia stesyen itu ja.




Kawasan lain yang boleh anda pergi di sekitar Sogo?

1. Kompleks Pertama aka Pertama Complex. (tempat jual handphone. berhati2 beli kat sini sebab ramai dah kena tipu dengan recond dan palsu)

2. Menara Mara atau Medan Mara di sebelah Kompleks Pertama. (Tempat nak mohon pinjaman mara especially. haha.)

3, Maju Junctions (terletak kira2 100 meter dari Pertama Complex yang hidup segan mati tak mahu.eh !)

4. Jalan Tunku Abdul Rahman (Depan Sogo tu sampai ke Dataran Merdeka. kalau anda rajin, jalan kaki jer la. Haha.)


Perrrrgggghhh... panjang gila aku tulis. kali lain aku tulis lagi naa...

kah kah kah....

Korang mungkin suka :



11 Komentar untuk "#TravelBlogger : Naik LRT KTM Komuter Dari Terminal Bersepadu Selatan Ke Sogo."

Dari LRT ke stesyen bandaraya berapa lama ya, kounter buka dari jam berapa ya?thanks for share

Kalau nak ke wangsa maju naik lrt Dari TBS baru ke wangsa maju ke?

Terima kasih... sangat2 membantu

paling awal biasanya jam 6-6.30am.

Jika dari TBS, boleh naik Komuter ke KL Sentral kemudian tukar naik LRT ke Seri Rampai (Jika nak ke Wangsa Walk) atau Wangsa Maju, jika nak ke wangsa maju.

Terbaikkk...sgt membantu.terima kasih byk.

Dari kl sentral nak ke stadium merdeka mcamana erk

Jika anda dari KL Sentral, anda perlu menaiki Monorail di luar KL Sentral. Monorail KL Sentral ni terletak di Bangunan NU Sentral. Anda boleh tanya orang di dalamnya.
.
Selepas anda sampai di Stesen Monorail. Beli tiket ke Stesen bernama Maharajalela.
.
Turun di situ. Anda boleh jalan kaki ataupun tempah teksi untuk ke Stadium Merdeka.
.
Semoga selamat sampai.

Komuter paling awal pkul brapa ye?

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD