Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Masihkan Nuffnang Relevan?

Masihkah Nuffnang Relevan? Aku terpanggil untuk menulis mengenai Nuffnang selepas sekian lama tidak menulis mengenainya. Sungguh terkadang aku sendiri tak mampu nak halang keinginan untuk menulis dan setiap apa yang aku mahu tulis, aku perlukan mood untuk menulis.

Menekan papan kekunci itu memang mudah tetapi untuk mengatur ayat yang boleh menyentuh jiwa pembaca itu payah.

Sekarang ini bila keluar sahaja nuffnang, akan ada banyak sebab lain kenapa bagi aku nuffnang sudah kelihatan tidak lagi relevan sebagai platform untuk blogger-blogger baru nak up.

Kerana tidak semua orang mampu memberikan apa yang nuffnang mahukan. SEO pun bukan sesuatu yang dimahukan oleh Nuffnang dalam pemilihan publisher. Kerana majoriti yang telah dan sedang bersama nuffnang ini adalah blogger2 yang memang telah lama bersama mereka.

Aku terpanggil untuk berkongsi apa yang aku rasakan sejak sekian lama dan pemerhatian aku kepada apa yang telah disajikan oleh nuffnang termasuk salah satunya adalah paparan iklan.

Ramai blogger nuffnang kini mendapat tempat di dalam paparan iklan mereka dan entri-entri mereka dipaparkan dalam iklan nuffnang itu sendiri. Haa.. boleh nampak tak perbezaannya seperti nuffnang adalah tempat ping entri pula.. hahaha...

Blogger Baru Mesti Bijak.

Ya, ikut saranan aku ini. Blogger baru mesti bijak. dan cepat.kerana jika tidak bijak. Mereka akan kecewa sekiranya mereka mahu menjadikan blog sebagai punca pendapatan. Jangan lupa dan jangan alpa. ini adalah satu perkara yang perlu mereka hadapi. Kebijaksanaan dalam memilih adalah penting kerana mereka yang akan merasakannya kelak.

Pendapatan Nuffnang Tidak Berganjak. 

Sejak kali terakhir aku letakkan iklan nuffnang, nampak sangat bahawa iklan ini tidak langsung menjana pendapatan pada aku. Ini memang lawak bin kelakar. Dah lah aku bagi free tempat promosi kat blog aku. Boleh pulak tak ada bayaran iklan.

Dah lah nuffnang memberatkan blog aku. satu sen pun tak nak bagi? Dah lama aku tak cashout woi !



Setia Dengan Nuffnang?

Tak apa. Aku masih lagi cuba bertahan dengan nuffnang. Aku tak mahu tahu apa alasan orang lain. Tapi aku mahu juga lagi dapatkan income dari nuffnang walaupun aku rasa nuffnang dah makin tak relevans,

Blogger2 kesayangan nuffnang mungkin boleh pergi jauh. Tetapi bukan blogger2 lain.

Kah kah kah.

Salam perjuangan !
0 Komentar untuk "Masihkan Nuffnang Relevan?"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD