Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Mari Belajar Meludah.

Dalam kemelut suasana hari ini. Kita semakin jauh dari apa yang sepatutnya kita ada. Semakin jauh daripada apa yang telah digariskan kepada kita. Semua ini meyumbang ke arah mana generasi selepas kita akan pergi.

Belajar Meludah.


Zaman kini di mana teknologi media sosial adalah sesuatu yang dikatakan sebagai lazim. Di mana perhubungan sosial adalah terlalu mainstream. Kebisuan dunia sudahpun mula menampakkan.gempitanya.

Dari dunia bisu ini, bicaranya menikam hati-hati yang jahil. Hati-hati yang rapuh pada kebergantungan kepada Sang Pencipta. Di mana dakwah hanyalah salah satu cara untuk mendapatkan upah ringgit. Di mana sebuah pertolongan hanyalah sebatas satu helai rambut keikhlasannya.

Dan kita mula belajar meludah.

Meludah ke langit. Itulah apa yang telah kita lakukan saat ini. Sebagai seorang Islam yang percaya kepada yang lima. Tidak dapat tidak kita akan terikat dengannya. Terutamanya yang paling akhir.

"Percaya kepada Qada' dan Qadar adalah mutlak tanpa sebarang persoalan kerana ia adalah RUKUN ISLAM yang wajib ada dalam diri setiap umat Islam. Mempersoalkan Qada' dan Qadar adalah tanda ketidak-mahuan untuk menerima Islam secara mutlak. Noktah."

Bahasa Babi dan Tahi


Umat Islam di Malaysia lebih maju dan expert dalam menggunakan bahasa babi dan tahi. Lebih-lebih lagi dalam dunia media  sosial kini. Bahasa babi dan tahi ini bagaikan satu kewajipan yang khusus dan lebih layak digunakan dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang kelihatan terlalu murni dan sopan.

Bahasa babi dan tahi ini sepatutnya sudah boleh menggantikan bahasa malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Kerana bahasa-bahasa murni dan sopan kini kelihatan terlalu JANGGAL dan terlalu ARUS PERDANA di kalangan generasi-generasi muda.

Tak percaya?

Percayalah.

Selamat Datang ke Dunia Babi dan Tahi !
1 Komentar untuk "Mari Belajar Meludah."

dah lama x masuk blog pendekar berkuda... dah tukar domain yer... "meludah ke langit" jatuh ke muka sendiri.... tp mg tul yakin dan percaya la pd qada dan qadar.... walaupun kita yakin dengan determine kita, macamana kita lak nak yakinkan rg keliling kita ttg qadar dan qadar ni?

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD