Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Makanan Wajib Ada di Hari Raya.

Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah pendapat aku tentang makanan-makanan yang wajib ada semasa hari raya.

Abaikan perkara-perkara lain. Bila hari raya..selain ziarah menziarahi. perkara paling penting adalah makanan...tak kiralah makanan apa yang disajikan. semuanya pasti penting untuk membuka selera anda. Kalau tetamu datang beraya tapi makanan yang disediakan macam hendak tak hendak sahaja.

Nampak sangat anda tak belajar adab memuliakan tetamu oleh rasulullah.

RENDANG

Rendang yang lazaaaattt....

Makanan paling wajib ada dalam sesuatu menu hari raya sudah pasti tidak lain tidak bukan adalah rendang. Tiada apa yang lebih dimahukan oleh orang lain selain daripada rendang. Tidak kiralah rendang daging mahupun rendang ayam. yang pasti selagi namanya rendang. Itulah yang akan menjadi kegemaran ramai orang. keh keh keh.

KETUPAT

Berbicara tentang raya tidak lengkap jika tak sebut pasal ketupat. Jika dulu ketupat di buat daripada daun palas...tetapi kini sudah ada yang lebih expert dengan menjual ketupat berbungkus plastik. Ada yang berkata mudah, cepat dan jimat. ada juga yang kata bahawa ia sangat berbahaya dan beracun jika di masak terlalu lama. Apa-apapun yang berlaku, benda yang paling
pasti adalah ketupat adalah antara hidangan wajib di hari raya.

LEMANG

Ada orang berkata, tanpa lemang apalah makna raya. Lagi lagi lemang pulut. Perrrggghh.. dia punya rasa tu memang tak tergambarkan dengan kata-kata. Cukuplah orang-orang yang pernah merasa lemang sahaja tahu tentang kesedapan makan lemang di hari raya. Sama ada dengan bercicahkan kuah kacang mahupun  rendang. Sudah pasti membangkitkan selera sang tetamu di hari raya.

NASI IMPIT KUAH KACANG

Ini juga antara hidangan paling wajib yang perlu ada ketika menyambut hari raya. Nasi impit kuah kacang ini tak ramai yang buat dah sebab tak ramai orang tahu buat kuah kacang yang sedap dan lazat. Kah kah kah. Tapi ia merupakan antara hidangan kegemaran  penulis. Lagi lagi jika kuah kacang itu sangat lazat. Auuummmm....

BISKUT RAYA.

Tidak lengkap hari raya tanpa biskut raya atau kuih raya. Antara biskut raya yang paling selalu menjadi pilihan zaman berzaman adalah kuih bahulu. Jika dahulu bahulu di masak dengan kaedah tradisional, kini tidak lagi di mana bahulu di hasilkan dengan kaedah moden di kilang-kilang.
Apa-apapun cara dan kaedahnya. Bahulu tetap jadi pilihan. Begitu juga biskut raya yang lain. Samperit, tat nenas, cornflakes, almond london. kini dah semakin ramai tak tahu tentang kuih-kuih tradisional termasuk rempeyek. Kasihan.

Di atas itulah makanan yang paling wajib ada apabila menyambut hari raya. Maka sediakanlah makanan yang lazat dan sedap... kelak tetamu pulang
dengan hati yang gembira dan perut yang ceria.

Kah kah kah.
0 Komentar untuk "Makanan Wajib Ada di Hari Raya."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD