Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Sekebal Manakah Jiwa Kita

Kematian Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, seorang pemimpin politik yang baru sahaja meninggal dunia pada 12 Februari 2015 yang lalu menghibakan negara. Kesedihan dan rasa simpati memayungi seluruh negara tanda hormat kepada seorang yang pernah menghiasi dunia politik tanah air dengan pendirian dan ucapan-ucapannya.

Bagi yang menyayangi dan menganggapi beliau sebagai insan mulia dan ulama besar, mereka akan menangisi dan meratapi kehilangannya. Lebih-lebih lagi di saat mereka memerlukannya.

Bagi mereka yang dahulu pernah membenci dan tidak menyukai beliau. mereka masih lagi menghormati beliau sebagai seorang islam yang telah wafat dan kembali kepada Pencipta.

KHURAFAT DAN TAHYUL

Semasa kewafatan Abu Bakar As-Siddiq, tiada kisah walau satu apapun mengenai keajaiban dan kisah2 tentang alam yang mengiringi kematiannya. Namun di sini, bermacam-macam kisah imaginasi, fantasi dan macam-macam lagi mengenai arwah yang bertebarang di seluruh pelusuk alam maya.

Kepercayaan seperti ini sudah lama berlaku. Bukan baru hari ini sahaja berlaku. Dalam kehidupan bangsa melayu, kepercayaan kepada perkara tahyul dan khurafat ini masih tidak dapat dipisahkan daripada diri mereka.

Kerana itu masih wujud lagi kisah hantu-hantu berkeliaran, kisah jin yang boleh memudaratkan manusia. Sedangkan Allah telah menetapkan bahawa makhluk-makhluk jin ini langsung tidak boleh memberikan mudarat kepada manusia lainnya.

SEKEBAL MANAKAH JIWA KITA?

Dalam menghadapi situasi ini, kekentalan iman dalam jiwa sangat perlu supaya kita tidak terikut-ikut dalam mempercayai suatu khabar yang mendewa-dewakan manusia dan menganggapi bahawa manusia sekian-sekian itu karamah-waliyullah dan sebagainya.

Hal ini tersangat di larang dalam agama yang mana mendewa-dewakan manusia adalah satu perbuatan syirik yang telah jelas hukumnya di dalam al-Quran.

Maka hendaklah kita sama-sama menjaga iman dan akhlak kita supaya tidak terperangkap dan terpedaya seterusnya terjerumus terhadap permainan kesesatan yang di bawa.

ALFATIHAH.

Perginya seorang Muslim kembali kepada Tuhannya haruslah disertai dengan puji-pujian kepada Sang Pencipta kerana dengannya, Allah telah menentukan bahawa dia layak untuk kembali kepada Penciptanya. Puji-pujian adalah Alhamdulillah. dan bukannya dengan meratap tangis dan mengongoi-ngongoi hiba.

Seharusnya bergembiralah untuk menanti satu ketibaan yang paling agung. Kerana setiap wafatnya seorang Murabbi Ummah. Akan ada seorang Murabbi Ummah  yang akan menggantikannya.

100 tahun. InsyaAllah. Masa hampir tiba.
0 Komentar untuk "Sekebal Manakah Jiwa Kita"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD