Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Kecewa Yang Tak Terubatkan

Ada sedikit perasaan kecewa dalam hati yang tak terubatkan. bila kekosongan mewarnai kehidupan. pengorbanan yang tak pernah dihargai.
aku perlukan ruang untuk bersendiri. mencari semula diri yang telah hilang pergi.. entah ke mana. kehidupan yang telah lama aku tinggalkan demi mencari dunia tanpa sempadan.
aku perlu berubah demi menjamin kehidupan yang lebih baik. sampai bila mahu duduk di bawah orang tanpa sedikitpun ia menghargai usaha dan pengorbanan yang kita berikan.
hanya satu langkah berani dan kepercayaan bahawa Allah memiliki rezeki yang tidak terhingga yang hanya diberikan kepada mereka2 yang Dia percaya. untuk hamba yang berusaha dengan penuh ikhlas dan jujur... serta beramanah dalam seribu jenis pekerjaan.
aku perlu berubah. jika bukan sekarang bila lagi. perubahan hanyalah satu langkah ke arah hala tuju yang aku tidak lagi tahu apa di penghujung nya... namun aku pasti bahawa MATI itu PASTI.
sudah tiba masanya langkah kaki ku arahkan ke arah yang berlainan. semoga ada cahaya di penghujung jalan .
Amiinn...
salam perjuangan.
0 Komentar untuk "Kecewa Yang Tak Terubatkan"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD