Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Bila Jari Menaip Dengan Laju

Dah lama aku ingin nak membiarkan jari jemari aku menaip dengan laju.  Dah berkurun lama rasanya tidak menaip dengan kelajuan yang maksimum. Sejak lama aku biarkan blog aku bersawang dengan benda alah yang tak dapat aku lenyapkan.

Perrgghhh...kemain lagi bahasa aku yang tertera. Bahasa sasterawan gitu. Keh keh keh.Apa-apaun aku tetap nak jugak menulis. Walaupun apa yang aku tulis ni aku main hentam-bantai-merapu meraban ja. Haha.

Okay, berbalik kepada tajuk, aku suka untuk menaip dengan laju hanya dengan menatap skrin monitor sahaja dah cukup bagi aku untuk menaip tanpa memandang papan kekunci yang kadangkala menyebabkan aku typo. Sesuatu yang sangat aku benci.

Menaip dengan laju adalah satu kelebihan yang perlu ada pada seorang penulis, blogger juga tidak terkecuali. Kerana dengan menaip lajulah mereka bisa menyiapkan bahan entri mereka dalam masa yang singkat dan banyak masa yang boleh dijimatkan.

Gambar Kredit Ke : ikmalyusof.blogspot.com

Tahu apa yang terjadi apabila aku menaip dengan laju? Satu entri ini hanya mengambil masa kurang dari sepuluh minit untuk aku siapkan tanpa perlu mengambil kira apa-apa yang lain.

Kelebihan seorang penulis yang mampu menulis dan menaip dengan laju adalah satu bonus yang membolehkan mereka mendapat tempat yang istimewa. Seiring dengan kelajuan penulisan mereka, mereka juga melajukan daya penciptaan perkataan dan butir bicara yang tak mampu di jangkau oleh khalayak biasa.

Okay, apa aku tulis ini mengambil masa tak sampai lima minit.

Selamat menulis dengan laju !
6 Komentar untuk "Bila Jari Menaip Dengan Laju"

Lor itu je..
Padan la 10 minit je pun... Huhuhu..
Walaupun pendek ada point kat situ jugak.. Hehehe..
Taip laju sehebat nama nya juga pendekar kuda..

aku menulis komen ini demngan kepantasan yang boleh aku baca hehehe

Aku rasa patut ada kelas la PB.

Menaip laju seperti kuda bersama pendekar berkuda. Kahkah :P

PB tahu tak..aku pun membaca dengan cukup laju entri ini..nyata entri in ditaip denga laju

Tak pernah try pulak kira berapa minit tapi setakat ni memang puji diri sendirilah bila menaip.. mata hadap komputer.. jemari je hadap keyboard.. tapi kalau kat hp memang kena tengok.. kalau tak.. confirm typo.. kehkehkeh..

muja pun berusaha kot tulis dngan laju sebab tak nak idea dtg tersekat2.. hheee

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD