Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Bila Dah Terlajak Pandai

Kes bila dah terlajak pandai seringkali berlaku. Anak-anak muda dewasa ini seringkali merasakan bahawa mereka lebih bijak dan lebih pandai daripada orang lain walhal hakikatnya tidaklah begitu.

Kehidupan adalan satu pembelajaran paling kerap diberitahu sehinggakan muncul motto2 yang menyebutkan "Pembelajaran Sepanjang Hayat". Ilmu itu di tuntut untuk dipelajari. Malahan guru-guru terkenal juga mereka belajar dan terus belajar supaya tidak ketinggalan dalam ilmu-ilmu baru yang menenggelamkan ilmu-ilmu yang mereka ada. Hanya ilmu al-Qur'an sahaja yang tidak akan luput di telan zaman. Selain daripada itu, fatamorgana belaka.



Aku tertarik dengan video yang sedang viral di fb di mana seorang pakcik mem-brainwash seorang pelajar yang kononnya begitu pandai dan begitu hero dalam memperjuangkan perkara yang ramai orang tahu bahawa ianya adalah sesuatu yang "BANGANG".

Aku tidak salahkan pakcik itu mungkin sedikit beremosi dalam menyampaikan apa yang diketahuinya namun beliau memang win! Seorang anak muda yang berkata bahawa dia mahu menjadi pejuang rakyat yang berjuang untuk rakyat yet dia mahu rakyat tanggung dia pergi enjoy sana-sini. Dia berkata bahawa biasiswa adalah duit rakyat tapi dengan duit biasiswa itulah dia beli makan pakai mewah-mewah. Pakai gajet canggih2. Ke hulu ke hilir hanya untuk terpekik terlolong berkata tentang pendidikan percuma.

Aku sinikal sebenarnya apabila datang kepada kes yang seperti ini. Bukan mudah untuk membasuh otak anak muda yang terlajak pandai seperti ini. Mereka berkata sekian-sekian tetapi mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang mereka perkatakan. Adakah itu apa yang di ajar oleh idola mereka? Cakap tak serupa bikin?

Jika sebelum ini, Adam Adli Si Jambu Pinky menggemparkan negara dengan tindakan beraninya menurunkan bendera di Bangunan Ibu Pejabat UMNO PWTC, Sekarang ini ada pula seorang kembar Adam Adli yang bernama Fahmi Zainol yang bertindak menjemput ahli politik untuk memberikan ceramah mengenai politik dan perjuangan di dalam kampus Universiti Malaya yang semua orang tahu adalah universiti paling berprestij di Malaysia. Jika di USA ada Harvard, dan di England ada Oxford, di Malaysia pula kita ada Universiti Malaya.

Sebagai contoh, adakah kalian pernah mendengar mengenai pemimpin2 pelajar di universiti2 yang aku sebutkan di atas menjemput ahli-ahli politik pembangkang untuk memberikan ceramah politik di dalam kampus universiti mereka? Jika ada, segeralah beritahu pada aku. Supaya bisa untuk aku refresh kembali memori aku.

KEBODOHAN YANG DI TUNJUK TAYANG

Aku seringkali menyebut betapa aku bencikan mengenai kebodohan yang ditunjuk tayang. Berhentilah jadi bodoh setelah orang menganggap bahawa kalian adalah orang yang bijak dan pandai. Jangan tunjukkan kebodohan dalam kepandaian anda. Jadilah seperti Amran Fans yang berkata,

"kebodohan aku adalah untuk orang-orang yang lebih pandai."

Biar bodoh di kalangan orang bijak pandai daripada bodoh di kalangan orang-orang bodoh.

Gituuu...

Salam perjuangan !
4 Komentar untuk "Bila Dah Terlajak Pandai"

ahahahaha....adelah...ade....keh keh keh...

huh blog mana ni...
lawatan anjuran Hj Yazid hehehe

lagi cepat dari saya ya tok puteh sampai sini

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD