Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Kenapa Perlu Takut?

Bismillahirrohmanirrohiimm...

Dalam kehidupan ini kita akan sering di uji, sama ada kecil mahupun besar, sedikit ataupun banyak. Pendekar mahupun anda. Yang menjadi persoalannya, kenapa perlu takut?


Misal contohnya ialah penarikan balik subsidi minyak RON95 sebanyak 20sen seliter yang dilakukan oleh kerajaan. Pendekar lihat begitu ramai yang tak berpuas hati. Takut kepada kenaikan harga minyak dan barang keperluan. Takut kepada impak-impak dan kesan-kesan sampingan yang akan di bawa oleh kenaikan ini. Takut jatuh miskin. Takut rezeki dan pendapatan tak cukup untuk menampung kehidupan di kemudian hari. Pokok pangkalnya takut segala-galanya.


SEBERAPA DEKATKAH KITA DENGAN TUHAN?

Sebagai seorang yang beragama Islam dan nipis iman, dalam hal-hal yang seperti ini, kita sebenarnya sedang di uji. Di uji sejauh manakah hubungan kita kepada ALLAH subhanahuwata'ala. Sama ada kita mahu redha dan menerima ujian ini dengan kekuatan iman kita, ataupun kita mahu menjadi seperti manusia-manusia kaffaaro yang merungut-rungut dan menyalahkan sesiapa sahaja yang boleh dipersalahkan.


Cuba tanya diri kita sendiri, seberapa dekatkah aku dengan Tuhan ku? adakah sedekat jarak di antara dua jari? Ataupun sedekat dua tapak kaki? Jika jawapan yang mampu kita berikan adalah lebih jauh dari itu, makanya, kita telah lalai-leka dan jauh dari rahmat Allah....

Dengari Pesan Nabi s.a.w dalam suatu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi s.a.w pernah suatu hari berpesan kepadanya: Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu. (agar sentiasa bersyukur)”.

Kenapa perlu takut bahawa harga barang itu akan naik? adakah kita akan mati kebulur jika harga barang itu naik? Adakah kita akan jadi papa kedana kerana kenaikan harga barang-barang? adakah dengan kenaikan harga minyak itu, maka ia umpama neraka bagi kita? Adakah hidup kita ini bergantung kepada belas kasihan manusia? Tidak kuatkah kita? Lemah benarkah kita? 

Soalan-soalan di atas hanya anda yang perlu menjawabnya...Tak perlu di bilang-teriak sama orang. Cukup jawab jujur pada diri sendiri. Kerana apabila diceritakan di hadapan orang, ia akan jadi satu tokok tambah cerita yang bersimpang siur pula.

SEBEGITU LEMAHKAH KITA?

Ya. Itulah yang sering berkumandang dalam jemala fikir pendekar. Sebegitu lemahkah bangsa kita sehinggakan jika tidak dibagi banyak, mesti mahu meminta-minta juga walaupun sedikit. Kata orang, jika tidak dapat sepinggan, sisa-sisa pun jadi. Itulah perumpamaan yang paling sesuai buat mereka-mereka yang lemah dan suka meminta-minta..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. " - Surah Ibrahim, Ayat 7

Kenapa perlu takut? Jika kalian dan semua yang lain adalah jenis umat Islam yang kuat dan paling gagah, perkara pertama yang akan kalian lakukan adalah DIAM, DENGAR, PERHATI dan SUSUN STRATEGI sebelum MENYERANG KEMBALI dengan satu kekuatan yang lebih ampuh dan mapan.

Cuma pesan pendekar, lihat sekeliling kita, adakah kita ini UMAT YANG KUAT? 

Tepuk dada. Tanya iman sendiri. Alasan apapun yang kalian beri untuk membolehkan kalian berkata tidak untuk apa yang pendekar terakan ini adalah satu lambang KETAKUTAN yang takkan pernah hilang dari diri kalian sendiri.

Salam Perjuangan !
1 Komentar untuk "Kenapa Perlu Takut?"

Kita bising minyak naik Rm0.20
bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan
kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa
bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat
marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun
kwsp.Kerjanya keluar pagi balik
dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah
persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka
yang berharta.
Sembang kalian sembang orang
yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang
facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana
muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd
mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka
sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak
berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk
menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari
kalian.Kerana aku taknak hilang
perikemanusiaan.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD