Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Blogger Baru Jangan Tertipu Dengan #HashtagClubKau

Hashtag #HashtagClubKau dicipta oleh blogger jutawan Malaysia, RedMummy.com apabila beliau mengamuk di feisbuuk kerana tindakan seorang blogger popular (katanyalah) yang telah merendah-rendahkan blogger yang menjadi kesayangan Nuffnang.


Namun sebenarnya kisah tersebut lebih daripada itu. Mahu sahaja gua cerita dari awal lagi kisah ini berlaku hanya kerana tindakan blogger terbabit yang semakin hari semakin mengarut dan tak pernah berubah sejak dari awal blognya wujud.

CAKAP BESAR DAN TAK BOLEH DI KRITIK

Cakap besar, tak boleh di kritik, hanya aku betul orang lain salah, adalah antara sifat yang ada pada that blogger yang ramai orang tak tahu. Blogger yang bijak mengambil kesempatan terhadap kenaifan blogger-blogger baru. Gua juga salah seorang blogger baru yang pernah menjadi mangsa.

Sikapnya yang seringkali mahu berlagak hero dan seringkali mahu mencari pasal dengan blogger lain dengan entri-entri yang di up di blognya sangatlah menjengkelkan. Bukan sedikit blogger yang telah di caci maki dan di hanjingkan olehnya.

Hanya blogger yang pernah melalui zaman blogger tahun 2010-2011 tahu siapakah dia yang sebenarnya. Hanya kerana beliau berbadan "ketak" tidak lah bermaksud dia kuat. Malah bukan bermaksud bahawa dia sangat bijak. Jika dia bijak, dia tahu cara nak handle masalah blogger. Bukan menambahkan minyak ke atas api yang sedang marak.

BLOGGER BARU DIPERGUNAKAN

Seorang blogger baru mengadu kat gua bahawa dia tertipu dengan #hashtagClubKau yang disangkanya permata rupa-rupanya hanya lah kaca yang bernilai murah. Hebatnya kelompok ini hanyalah kerana mereka berpuak-puak seperti yang sentiasa kelihatan orang kelantan di mana-mana institusi pengajian tinggi...

Antara luahannya :

*****************************************************************

BLOGGER A : "Mula2 saya join group blogger ni pon sebab nak build network n nak belaja something dalam dunia blog. Yang mana dgn harapan dia bole bagi tips macam sharing ilmu ke apa ke kan. Tapi bila lama2 dah follow, sikit demi sikit nampak belang dan bias dia. Lagi 1 dia bole bagi pendapat umum, tapi org lain tak boleh bagi pendapat."

GUAalhamdulillah... ada lagi ramai blogger yang naik kerana mereka memang top...sokong..yang ni bawak nama blogger lain tu buat apa? bukan blog kita yang naik tapi blog dia...promosi percuma macam tu...kesannya sendiri yang rugi..baik join entri kontest daripada promote blog dan jenama orang..

BLOGGER AYela encik pendekar... Kami ni yg baru2.. Assume blogger senior semua sama. Suka sharing, x pilih bulu, bg tunjuk ajar. Tapi x sangka plak mcm tu diri dia.

GUA : itulah...sekarang ni ramai blogger senior dah mula marah kat dia...mempergunakan blogger2 baru sambil menghina dan merendah2kan blogger2 senior...

BLOGGER A ; Memang dia buat utk kepentingan sendiri. Dalam group selalu cakap, klo ada masalah dlm group, settle dalam je. Jangan post kat wall. Tapi dia plak sebalik nya. Macam ketam ajar anak berjalan lurus, dia jalan senget. Yang pengikutnya bila nampak orang cakap buruk pasal dia, mula la. Dia tak rasa kat tempat blogger2 baru dan blogger2 yang betul2 bersungguh nak berblog ni. Diorang ok la dah puak dia kan. Yg jahat pon nampak baik. Segala yg dia cakap kena agree je. Tak boleh kata TAK. Memang rasa budak baru termasuk saya di gunakan. Takde give n take langsung.
Tidak ada kebebasan bersuara walaupon kat wall sendiri. Sebab mostly fren semua puak dia. Kita takde masalah dengan puak2 dia tu, tapi dgn blogger tu je. Tapi nak jaga hubungan kawan, kita sendiri yg perit.Memang tak di nafikan sekarang masing2 dah nmpk peluang dalam blog ni. So apa peluang yang blogger senior pernah dapat, so yang fresh ni excited nak rasa jugak. Tapi mane ada di beri peluang. Kalau betul dia nak menyatukn semua blogger bawah network dia, be fair la kan. Ni tak puak dia jugak yang dapat.Bila dah puak dia tak dapat join, baru la nak panggil blogger cebisan.Serius sedih di buat mcm tu.

GUA : sabar awak.... malam masih muda... perjalanan masih jauh dan panjang...
BLOGGER A : Heheheh baik encik pendekar... Terima kasih utk moral support... Terima kasih byk2.
***********************************************************************************************

Begitulah antara perbualan antara gua dan blogger baru tersebut yang rasa tertipu dengan #HashtagClubKau. Sebenarnya, gua juga tak ada masalah dengan blogger-blogger lain. Gua hanya ada masalah dengan tuan punya that hashtag dan ketaksuban menggila kelompok #HashtagClub kau sampai perkara yang salah pun nak dibela. !. 


USAH BIARKAN DIRI DIPERGUNAKAN

Gua nak bagi nasihat dah tak boleh. Lagi-lagi kalau apa yang lu orang rasa bahawa dia sangat hebat-telus-jujur dan sebagainya. Bagi gua itu bukan masalah gua. Tapi satu aja gua nak cakap.


"Lu Orang Tak Boleh Berdiri Atas Kaki Sendiri Ke Hah??!!"

Kenapa lu orang nak bawak jenama orang yang hanya mempergunakan lu orang untuk menaikkan nama dia sendiri? Siapa yang untung siapa yang rugi? Dia boleh sahaja mempergunakan blogger-blogger baru macam sistem MLM yang bos suruh anak buah cari anak buah cari anak buah... yang kayanya siapa? Bos dialah ! Bukan orang lain !

Gua dulu di ajar-di hentam-di pijak2 dengan #HashtagClubKau walaupun sebenarnya masalah gua langsung tak ada kena mengena dengan #HashtagClubKau. Lu orang tak rasa perasaan gua dan ramai lagi blogger-blogger seangkatan dengan gua yang dah meluat sampai nak muntah dengan THAT PERSON ..Gua nak bagi link pun malas. Bukan seorang dua. Tapi RAMAAAAAIII.... lu orang aja yang tak tahu.



JANGAN JADI BODOH

Kalau lu orang nak jadi blogger PRO, belajar pijak atas kaki sendiri angkat diri sendiri. Belajar tanam dalam kepala otak lu orang bahawa diri lu orang ada NILAI ! Jangan biarkan nilai lu orang tu orang guna untuk tambah nilai dia sendiri dan cuma bagi seposen dua posen aje kat lu orang. 

Sampai bila lu orang nak berpaut pada orang yang bodoh? Kalau dia bijak, dia akan bawak lu orang jauh ke depan. ini tidak, lu orang main kat takuk tu jugak sedangkan dia dah pergi lebih jauh dengan pijak kepala lu orang. Siapa yang untung? Siapa yang rugi?

TUTUP CERITA. 

Gua dulu berblog sama macam blogger yang mengadu tu jugak. Hajat di hati nak bina network dan rakan-rakan blogger secara beramai-ramai. Gua update entri pasal dia, promote dia, last-last boleh dia pijak2 gua macam tu aja. Dasar lahanat. Itu pengalaman gua sendiri.

Ramai lagi kawan-kawan gua yang kena dengan #HashtagBlogKau sampai depa malas nak jadi blogger sebab kebanyakan rakan-rakan mereka sendiri adalah dari kelompok yang mendukung #HashtagBlogKau yang taksub bawak nama orang atas kepala.

Apa barang jadi blogger kalau lu asyik nak cari pasal dengan blogger atas kelebihan mereka yang lebih dari lu. Malulah woiii !! Jaga anak bini lagi baik lah !!

Sekian.
24 Komentar untuk "Blogger Baru Jangan Tertipu Dengan #HashtagClubKau "

Sedihnya... Ko kutuk aku ek? huhuhuhuhu :'(

Aku pun blogger baru gak baru tahun nie buat blog . Ada beberapa entry jer .

Memang terasa bila ada yang menguntuk kami yang menggunakan nuffnang . Kami guna nuffnnang sebab tidak fokus pada traffic , nak beri komitment apa semua . Kami lebih suka tulis entry seperti "hari nie beli aiskrim jumpa mamat kepop tu !" daripada nak tulis entry dengan keyword "lesbian k-pop terlampau" padahal takda kaitan . Tidak perlu nak kutuk-kutuk golongan nuffnang macam kami .

Masalah yang timbul bila blogger suka untuk bodek blogger lain terutamanya yang mengaku veteren .Tindakan membodek nie yang membuatkan sesetengah blogger mendapat kuasa untuk set rule cara berblogging .

Bila berkawan dengan blogger biarlah disebabkan nak "share noted" buat network dan sebagainya . Bukanlah mahu mempergunakan blogger yang dah top last-last diri sendiri dipergunakan .

Denaihati Group adalah antara tempat yang sesuai untuk belajar berblogging .

tuan apa kes ni..PM PM hahaha

Tak sangka sampai macam ni jadinya kan.
Rupanya dah ada sejarah tersendiri. Patutlah 'letupan' tu kuat sangat.
Apapun, ambe sokong bahawa kita perlu bergerak dan bawa jenama sendiri untuk kekal berdiri sbg blogger. Kita berblog pun bukan utk feymes laju-laju dan ketat-ketat. Ada yang terlajak niat tu.

Usaha la dulu...selebihnya akan datang kemudian. Semua yg hebat tu pun bermula dengan kepahitan juga. Hanya yang pernah lalui akan lebih paham. Semoga semua blogger terutama yg baru-baru mcm ambe mampu hadam perkongsian ni. Terbaik bro!

T_T abang pendekar..garangnyeee...

mujur saya tak terjebak dengan hashtag tu

ko tengah marah ke nih? haha..

bila pulak ko masuk dalam list? jangan perasan.

baru buat blog?? domain memanglah baru...tapi ko dah berkurung dengan blog... tak usah menipu...

aku cuma kesian dengan blogger baru yang dipergunakan untuk menaikkan jenama dia walaupun hakikatnya tak ada apa untung pun mereka dapat... dapat trafik satu dua kupang... apalah sangat...

lagi2 bila dia kata nak tolong blogger last-last blogger di hentamnya sesuka hati... hukum celah mana dia pakai? hukum #TelorBungkus?

kes gitu2 aje... ahahaha... kalau baca wall tahulah.. kakaka...

satu pendapat yang bernas dan tanpa bias... memang bersetuju dengan komen ini... bak kata denaihati...

"siapa lagi nak bangga dengan brand sendiri jika bukan kita sendiri?"

kalau terjebak alamat kena sound lah nantik tu... grrrr....

tengah marah2 la dia pi sentuh salah sorang dari network aku... dah tu mulut macam pompuan.... mengumpat kuat...

Marah benor abam pb kite.. Hmm.. mula2 tengok kat newsfeed fb tak faham lagi tentang hashtag tu.. Bila baca sini, baru faham... Sabo je lah.. :)

siapa yang mengumpat nih haa...

haha..

ku kisah pulak apa benda yang jadi dekat mereka ... bertahun dah tahu benda tu bila sendiri laluinya ... nasib saya jenis tak suka diam suka pun diam ....

Macam kenal je siapa.... aku ingatkan aku dengan member aku je yang terasa.... haha

baguslah kalau dah faham... hidup Siti Anirah !

ye... kita diam pun dia makin naik lemak...

lebih baik sekali harung...

setel...

tak meletop pun ni... ini kira lembut dah ni... hmmm...

kenal2 lah jangan tak kenal.... huhu...

Kite kawan ngan semua blogger... :)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD