Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Percubaan Kedua

Assalamu'alaikum...

Setelah kali pertama berblog dengan menumpang di platform blogspot, sekali lagi pendekar kembali ke sini untuk berkongsi bermacam-macam perkara yang pendekar harap mampu untuk kekal sentiasa di sini tanpa perlu menghadapi bahana kepupusan akibat kematian.

meraikan percubaan kedua di platform blogspot

Tujuan pendekar kembalikan semula blog ini di sini adalah untuk membolehkan apa-apa yang pendekar tuliskan di sini mampu dicapai tanpa sebarang halangan yang mendatang. InsyaALLAH.

Mengingati kematian itu perlu, kerana itulah blog ini wujud kembali bagi membolehkan pendekar menyampaikan ilmu biarpun selepas kematian mencengkam diri. InsyaALLAH...

Semoga apa yang dikongsikan nanti mampu dimanfaatkan selagi bisa. Pendekar bukan mahukan wang beribu dari sini. Namun cukuplah blog ini menjadi medium untuk pendekar meluahkan perasaan hati dan berkongsi ilmu seberapa banyak yang mungkin. Mana tahu suatu hari nanti akan ada yang mendapat manfaat daripadanya. Amiinn...

Sehingga itu, salam perjuangan pendekar ucapkan untuk pembaca sekalian.

Jumpa lagi di lain masa. InsyaALLAH.


1 Komentar untuk "Percubaan Kedua"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD