Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Brado Kapak Semakin Mengarut.

Assalamu'alaikum. Aku mengenali Brado Kapak melalui group FB ~ FAB bersama dengan Hajjah Wardah Lily, Aixa Adli, Zulfaqar Efairy dan ramai lagi.



1. Seni pementasan kata hanyalah bermain di sekitar luahan pendapat dan rasa hati. Berdasarkan pengetahuan dan ilmu yang di dapat melalui pemerhatian, perbincangan, perkongsian dan sebagainya.

2. Teori dan Spekulasi semakin bertebaran luas apabila Malaysia mengalami kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac 2014. Kehilangan yang begitu menggemparkan dunia.

3. Maka bermulalah episod konspirasi-spekulasi dan bla bla bla di kalangan rakyat biasa. Dari hijack dan rampasan-pembunuhan senyap-diego garcia-lautan hindi dan seterusnya bersambung kepada DNA Detector.

4. Dan pengkaji ilmu akhir zaman seperti BradoKapak misalnya, telah mencetuskan kegemparan dengan perkongsian spekulasi yang terbikin dari rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang perjalanan kes MH370.

5. Apa yang paling hebat, seorang lelaki yang menghadap internet lebih bijak daripada seorang saintis dan pakar penerbangan. Lebih bijak daripada pakar pertahanan, lebih bijak daripada pakar-pakar dalam negara.

6. Setiap informasi yang disampaikan melalui blognya, dramaraja.blogspot.com memberikan kita banyak ilmu pengetahuan. Namun juga memerlukan kita memberikan pemerhatian dan pemikiran yang tajam dan kritis.

7. Brado Kapak menjadi begitu dikenali apabila penulisannya di dalam blog mendapat perhatian ramai. Terutamanya apabila penulisan tersebut dipromosikan di page-page facebook sehingga menimbulkan keraguan dalam pemikiran. Jika sesetengah golongan pembaca jenis yang berakal pendek, sudah pasti ia akan membawa kepada akibat yang teruk.

PERMULAAN PENDAPAT MENGARUT

8. BradoKapak mula menjadi seorang penulis yang mengarut apabila beliau mula berassumsi/beranggapan mengenai kedatangan Barack Obama ke Malaysia. Begitu juga dengan kedatangan tentera Amerika di negara ini walaupun sebenarnya kedatangan tersebut sudah lama diaturkan.

9. Tuduhan bahawa kedatangan tersebut untuk menuntut 'KHAZANAH' yang tersimpan di dalam negara dan dilindungi adalah satu perkara yang bukan main-main. Unsur-unsur tuduhan seperti ini boleh membawa kepada kacau bilau di dalam masyarakat sekiranya tidak ditangani dengan berhati-hati.

10. Tuduhan beliau juga mempersalahkan Perdana Menteri DS Najib Razak sebagai pemimpin yang lemah, berjaya di pengaruhi oleh Amerika dan dikongkong oleh isterinya sehinggakan dia turut menyalahkan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai salah satu liabiliti seorang Perdana Menteri.

11. Bagaimanakah seorang isteri yang menjadi pelopor kepada PERMATA NEGARA yang mendidik kanak-kanak dan belia untuk menjadi insan yang berkualiti di tuduh dengan selamba menjadi seorang perosak negara?

KESIMPULAN

12. Brado Kapak, di permulaannya membuka minda, di akhirnya adalah MENGARUT-MERAPEK-MENJENGKELKAN-MEMBAWA PERJUANGAN KHAWARIJ di dalam berbicara.

13. Sadis. Itulah hakikatnya.

14. DS Najib bukan pemimpin yang lemah, hanya kerana beliau dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang lemah tidak menjadikan beliau pemimpin lemah. Jangan kerana akal kalian telah dirosakkan kalian pun ingin melakukan kerosakan.

15. Tidak pernah dalam sejarah negara menghadapi situasi seperti ini. Dan beliau berseorangan menghadapinya dengan cacian-makian-tuduhan dari kafir apatah lagi dari golongan pejuang Islam itu sendiri.

16. Semoga kita semua dilindungi dari sebarang hasutan kebencian yang dicetuskan oleh golongan khawarij moden yang berselindung di sebalik topeng agama.

Salam Perjuangan.


6 Komentar untuk "Brado Kapak Semakin Mengarut."

brado karut sebenarnya... bukan brado kapak

baru sahaja dalam dunia blogger tapi sudah mencapai traffik tinggi. Aku tak boleh percaya sangat dengan penulisan brado kapok ni dan adakalanya macam betul tapi agak mengarut.. Baca pun sekadar ingin mengetahui.

Wah.... panas ni panas ni..

brado repek.. orang yang baca artikel dia jadi ralit sampai habis dibaca..

teknik penulisan dia kot yang buat ramai orang percaya

brado kapak misteri jugak orangnya :)

makan dalam ayat no 5 tu.. hehe

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD