Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

RAMADHAN, PUASA DAN TEMBAKAN MERIAM BUKIT PUTERI, KUALA TERENGGANU

Assalamu'alaikum dan salam Ramadhan Al-Mubarak. Mudah-mudahan keberkatan Ramadhan ini sentiasa ada bersama kita sekaliannya.

Adapun apa yang bakal pendekar lakarkan kali ini bersangkutan dengan sambutan Ramadhan di negeri Terengganu. Kali pertama pendekar berpuasa di negeri ini dan kali pertama juga pendekar menghadapi situasi yang berlainan. Berpuasa jauh dari keluarga bukanlah satu perkara asing bagi pendekar. Namun begitu, kali ini ia sedikit istimewa kerana pendekar berada di sebuah negeri yang berbeza sedikit cara dan kehidupannya.

Semua orang tahu bahawa di negeri Terengganu ini, cuti hujung minggu adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Ayahanda Tun Dr. Mahathir pernah berusaha keras untuk menyelaraskan cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad. Ia selaras dengan firman Allah tentang hari Jumaat. Bagi sesiapa yang tidak tahu, bolehlah mengaji dan menuntut ilmu daripada yang tahu. Maaf, pendekar juga masih belajar.

Adapun perkara itu kita abaikan sahaja. Pendekar ingin berkongsi pengalaman berpuasa di negeri penyu bertelur ini. Suasananya sama sahaja, apa yang bezanya adalah mengenai TEMBAKAN MERIAM.

Umumnya, setiap kali sebelum berbuka puasa, akan kedengaran satu bunyi kuat seolah-olah bunyi orang bermain mercun bola. Tetapi oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi tambahan pula bunyi itu cuma datang pada waktu dan keadaan tertentu, maka pendekar pun bertanya dan bertanya. Google-menggoogle. dan akhirnya pendekar temui jawapan.

Tembakan Meriam BUKIT PUTERI yang terletak di atas sebuah BUKIT di belakang Istana menghadap muara Sungai Terengganu berhampiran dengan Dataran Shahbandar. Uniknya, tembakan meriam ini kedengaran sejauh Bukit Besar di mana terpacaknya satu signboard ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU. Atau mungkin lebih jauh lagi. Itu pendekar tidak tahu. Hatta ketika hujan sekalipun, bunyi tembakan meriam ini masih kedengaran.

Hasil dari carian yang pendekar lakukan, Tembakan Meriam BUKIT PUTERI berlaku bersangkutan dengan peristiwa-peristiwa di raja. Tembakan tersebut termasuk juga semasa bulan Ramadhan.

Bilangan Tembakan Meriam Bukit Puteri semasa bulan puasa Ramadhan dan sambutan Aidilfitri adalah seperti dalam gambar di bawah.


Rupa-rupanya sebab itulah pendekar mendengar bunyi tembakan meriam seperti letupan mercun yang kuat pada waktu berbuka (1 das tembakan), tengah malam (1 das tembakan) dan Imsak (dua das tembakan dalam jarak 5-10 minit). 

Tak sangka di dalam negeri Terengganu ini begitu unik cara menyambutnya. Tapi sayang, berapa ramai agaknya rakyat Terengganu yang bersyukur dan bersujud atas rahmat yang ALLAH beri kepada mereka. Sehingga sekarang negeri ini bernama Terengganu Darul Iman yang maksudnya Terengganu Negeri Penuh Keimanan.

Apa-apapun, aku di sini kerana ayatul Qur'an yang bermaksud ; 

"Para malaikat berkata, "bukankah bumi ALLAH itu LUAS? sehingga kamu dapat berhijrah di muka bumi ini?" - an-Nisaa' : 97

Akhir kata - salam ramadhan dari pendekar berkuda untuk anda sekaliannya. mudah-mudahan amal-ibadah-jariah-dan-sedekah anda diberikan balasan yang sebaiknya oleh Rabbul'alamin. Amiinn..

rujukan : 
0 Komentar untuk "RAMADHAN, PUASA DAN TEMBAKAN MERIAM BUKIT PUTERI, KUALA TERENGGANU"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD