Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Jam Tangan Army Tech Original - Pengalaman Sendiri

Pengalaman aku sebagai penjual dan pemakai jam, memberikan aku kebebasan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan sesebuah jam tangan. Sama ada jam itu original atau tidak, kalis air atau tidak, tahan karat atau tidak, aku berusaha untuk mengetahuinya kerana itulah yang dimahukan oleh kebanyakan para pembeli dan pengguna jam tangan.

Dan apa yang aku ingin bicarakan di sini adalah mengenai jam Army Tech seperti dalam gambar di bawah. Jam ini mula aku pakai pada tahun 2010 dan sehingga kini masih lagi berfungsi dengan baik. Itulah kelebihan jam ini. 

Jam tangan army tech ini merupakan salah satu jam tangan yang paling aku suka. selain daripada bentuknya yang memang menonjol, ia juga tahan lasak. Pernah aku bawa mandi, bawa berenang, rendam dalam air, terjatuh dengan keras,namun ia tetap begitu, sentiasa berfungsi dengan baik. Berlainan dengan mana-mana jam tangan yang pernah aku pakai sebelum ini. 

Jangan tak tahu, jam tangan Army Tech ini mempunyai alarm dia sendiri yang kita boleh on atau off kan itu sesuka hati. malah setiap sejam, ia akan berbunyi melainkan kita offkan alarm dia. Itu yang terbaik bagi aku. Hehe.

Lagipun, mana ada jam tangan yang berharga murah (RM89.00 sahaja) yang boleh kita pakai bertahun-tahun tanpa perlu tukar bateri malah tahan lasak-kalis air-tahan karat-tahan calar macam jam ni. Warnanya pun bukan yang jenis mudah tanggal dengan kata lain sadurannya cap ayam. 

Kalau kalian mahukan jam yang mempunyai keaslian (original), kualiti, tahan lasak dan menjamin kepuasan memakai selain daripada harga murah dan berpatutan, aku sarankan kalian beli jam ini sekarang !

Ada 5 warna yang sering aku jual. Purple-hitam kuning- merah putih-hitam merah- silver. Semuanya memang menawan beb. Rugi kalau kalian tak milikinya satu. Hehe...

Belilah ! Belilah ! Belilah ! 


0 Komentar untuk "Jam Tangan Army Tech Original - Pengalaman Sendiri"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD