Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Innity Memang Baik Pada Blog Ini.

Sejak permohonan aku untuk apply innity diluluskan sehingga kini, dah lama sebenarnya aku tak update tentang innity di blog ini. Dibandingkan dengan Nuffnang, Innity sebenarnya jauh lebih bagus dan menarik. (Abaikan Komli kerana aku sampai bila-bila pun tak akan apply Komli untuk blog ini. InsyaALLAH.).

Salah satu asas untuk aku apply Innity bagi blog aku adalah, hampir 80% trafik blog aku daripada Google dan lain-lain enjin carian. Sampai sekarang pun blog aku begitu juga, tak perlukan pembaca tegar blog seperti selalunya ketika aku aktif berblogwalking suatu masa dahulu.

Walaupun kadang-kala aku resah juga jika innity memecat aku dari jadi salah seorang publisher untuk iklan mereka kerana trafik blog yang bagai hidup segan mati tak mahu dan langsung tak berupdate sampai sekian lamanya. Tetapi ternyata andaian dan keresahan aku itu langsung tidak berasas kerana sampai sekarang aku masih lagi berdaftar dengan innity bagi blog ini. Alhamdulillah.

Dan beberapa minggu lepas, aku mendapat jemputan daripada pihak innity untuk menjoinkan diri dalam event yang mereka anjurkan. Malangnya email itu aku baca lambat ! adohai ! Melepas aku beb ! bukan calang-calang pulak tu jemputan event. Kalian boleh lihat dalam prinstscreen gambar di bawah untuk event apa aku di jemput oleh pihak innity. 



Dua-dua event itu dari Watsons. Adohai. Rugi pulak rasanya tak join. Tapi tak mengapalah, bukan rezeki aku nak join events. Apatah lagi aku memang tak pernah join mana-mana events sepanjang aku jadi blogger ni. Hehe..

INNITY BAYAR AKU Oiii!

Ini memang aku tak sangka lah sebenarnya. Sebab blog aku memang dah lama tak aktif. Tapi yang memeranjatkan aku, baik pulak pihak innity nak bayar aku income. Walaupun tak banyak tapi lepas jugaklah kan untuk makan seminggu. Hehehe..Terima kasih innity. 


Aku harap lepas ni boleh lah lagi aku dapat invitation ke mana-mana events. Rugilah tak dapat join events oii... rugi...rugi...

Sekian, terima kasih sudi baca.. (^_^)
0 Komentar untuk "Innity Memang Baik Pada Blog Ini."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD