Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

HIMPUNAN KEDAULATAN MELAYU ISLAM AKHIR ZAMAN (HIKMAH)

Bismillahirrohmaanirrohiimm... 

Dari teratak buruk ke banglo besar, Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) akan memasuki fasa baru ke-ENAMnya tidak lama lagi. Insya ALLAH.

HIKMAH adalah salah satu platform untuk menghimpun pengkaji, peminat, penggiat sejarah dan kebudayaan Melayu Islam. - fb.me/HimpunanKedaulatanMelayuIslamAkhirZamanhikmah.

Adapun sebelum ini HIKMAH telah diadakan di pelbagai tempat di seluruh negara, bermula kali pertama di Shah Alam, kemudian di Melaka, dan seterusnya Lumut, Bachok dan Kuala Terengganu dan yang akan datang akan kembali semula ke Shah Alam di mana ianya akan bertempat di Galeri Shah Alam pada 7hb September 2013.

PENGENALAN HIKMAH

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.
Sejauh mana akan perginya HIKMAH ini, sama-samalah kita nantikan. InsyaALLAH, pendekar juga akan menghadiri perhimpunan hikmah ke 6 di Galeri Shah Alam nanti. Insya ALLAH. Dah lama sebenarnya nak pergi. Cuma keterbatasan waktu-keadaan seringkali menghalang niat di hati. Mudah-mudahan nanti akan diperkenankan ALLAHu Ta'ala...Amiinn...

Jika kalian berminat hendak menghadiri perhimpunan ini, klik pada link Facebook Fanpage HIKMAH ini. 

Jika kalian mahu mengetahui mengenai aktiviti yang telah dijalankan oleh HIKMAH, anda boleh klik pada gambar di bawah. 

Salam Perjuangan. (^_^)





0 Komentar untuk "HIMPUNAN KEDAULATAN MELAYU ISLAM AKHIR ZAMAN (HIKMAH)"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD