Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

FATWA PENGHARAMAN SHISHA & ROKOK ELEKTRONIK

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam pernyataannya telahpun menfatwakan HARAM bagi shisha. Bagi pendekar fatwa ini bertepatan dengan keadaan sekarang di mana semakin menjadi-jadinya pembelian shisha elekronik atau dengan bahasa canggihnya e-rokok oleh kalangan muda-mudi.

Perkara ini sekiranya tidak dibendung akan merugikan negara kerana e-rokok ini telah mengakibatkan budaya merokok di kalangan para remaja semakin mewabak. Tambahan pula kebanyakan mereka ini rata-ratanya masih budak sekolah. 

Fatwa ini tepat pada masanya kerana trend ini sekarang semakin membimbangkan. Selain daripada pengharaman rokok sejak sekian lama dahulu, pengharaman shisha adalah sesuatu yang harus dilaksanakan. 

Rokok Elektronik juga mengandungi NIKOTIN malah lebih berbahaya.
Berbanding dengan rokok, implikasi penghisapan shisha ini lebih memudaratkan. Pendekar sendiri pernah mencuba untuk menghisap shisha tetapi oleh kerana ia begitu menyendatkan paru-paru kerana jumlah gas yang terhasil adalah daripada pembakaran elektronik dan juga dalam kuantiti yang banyak berbanding rokok biasa, pendekar larikan diri daripada menghisap benda alah ini.

Perisa shisha adalah perisa yang merbahaya. perisa itu walaupun wangi dan harum, tetapi implikasinya kepada saluran pernafasan sangat tinggi. Misal contohnya anda menghisap shisha dalam keadaan berpeluh dan tercungap-cungap, anda boleh mengalami satu keadaan yang dinamakan akan ia sebagai SEMPUT.

Apa-apapun, pendekar sendiri bersetuju dengan pengharaman shisha. Wallahua'lam.


0 Komentar untuk "FATWA PENGHARAMAN SHISHA & ROKOK ELEKTRONIK"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD