Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

E-NOVEL : ANDAI KU TAHU 1

Rintik-rintik hujan yang menghentam bumbung rumah beratapkan zink itu menghasilkan bunyi-bunyian yang unik sekali. Di dalam rumah separuh papan separuh batu itu, terbaring sekujur tubuh di atas sofa kayu. Matanya merenung ke arah kipas siling yang diperlahankan putarannya pada kelajuan satu.

Adam Haiqal, begitulah nama yang diberikan oleh kedua ibu bapanya saat beliau dilahirkan. Nama yang sentiasa meniti di bibir ibu dan ayahnya sedari kecil. Nama yang melambangkan tanda cinta dan kasih ibu dan ayahnya. 

Di kotak fikirnya, terbayang kenangan lalu. Kenangan bersama ibu dan ayahnya yang kini telah tiada. Mereka telah dipanggil Ilahi selepas menghantarnya ke sekolah dua minggu yang lalu. Kenangan yang tidak mungkin akan dilupakannya saat melihat tubuh ibu dan ayahnya di kambus tanah kubur. Dan kini dia bersendirian di rumah ini dengan perasaan keliru, kelam, sedih, dan semua perasaan yang bercampur baur yang terhasil daripada sebuah peristiwa kehilangan.

"Mak...ayah..sampai hati mak dan ayah tinggalkan Al seorang diri..kepada siapa Al nak mengadu nanti?" rintihnya sambil menahan esak tangisnya.


Remaja berusia 16 tahun itu tergolong dalam kelompok pelajar pintar dan aktif. Di sekolah, dia sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang. Dia juga seringkali mewakili sekolah dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan. Termasuk menjadi Pendebat Terbaik dalam Pertandingan Debat Peringkat Negeri Pahang.

Oleh kerana kecemerlangannya, dia dipilih untuk bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, SEMSAS Kuantan. Di situlah dia mengenal erti berdikari hidup jauh dari ibu dan ayah yang sangat di sayanginya. Dan kini, dia sendiri. Bersama impian ibu dan ayahnya di terpikul di pundak bahu.

********

"Adam, apa yang kau menungkan tu?" 

Menungannya terganggu apabila terdengar satu suara menyapa gegendang telinganya. Suara yang amat dikenalinya, Amir.

"Tak ada apalah Mir. Tengah fikir pasal homework yang Cikgu Syarifah bagi tadi." 

"Eleh, kau jangan nak tipu akulah Adam, aku tahu kau teringatkan mak dengan ayah kau kan? Sudahlah Adam, yang pergi tetap pergi. Takkan kembali lagi. Apa yang kau kena buat, terus berdiri dan terus maju ke depan. Tunaikan impian mak dan ayah kau yang nak tengok kau berjaya. Dan jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka selalu." - balas Amir

Sungguh, setiap kali dia berduka, Amirlah tempat dia meluahkan perasaan. Amir, seorang sahabat yang baik. Yang selalu bersamanya ke mana sahaja. Bahkan mereka sudah seperti adik-beradik. Amir jugalah yang sentiasa menenangkan dan menasihatinya apabila dia sering hanyut dalam memorinya yang penuh igauan itu.

Sudah dua bulan sebenarnya setelah dia kembali semula ke SEMSAS untuk menyambung semula persekolahannya. Mujur guru-gurunya memahami keadaannya yang seperti anak ayam kehilangan induk itu. 

Hari demi hari dilaluinya dengan termenung. Sehinggakan tubuhnya yang dulu kekar kerana sering bersukan dan berolahraga kini kurus. Dan sudah pasti yang paling risau adalah Cikgu Kamelia yang menjadi guru kelasnya. Masakan tidak, pelajar harapannya berubah laku sedemikian rupa.

Atas perbincangan dengan Pengetua, Cikgu Kamelia menyuruh Amir membawanya kepada Guru Kaunseling, Cikgu Haniff yang lebih selesa dipanggil Ustaz oleh kebanyakan pelajar sekolah tersebut.

Adam melangkah longlai ke bilik kaunseling. Dirinya seperti mayat hidup lagaknya. Perlahan-lahan pintu bilik itu di ketuk olehnya.

TOK ! TOK ! TOK !



****BERSAMBUNG****
0 Komentar untuk "E-NOVEL : ANDAI KU TAHU 1"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD