Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

BETUL KE WANITA CANTIK SELALU CURANG?

Kecantikan seringkali menjadi idaman semua wanita. Tidak kira yang telah sedia cantik mahupun yang tidak memiliki kecantikan semulajadi. Seringkali kecantikan itu ditakrifkan sebagai seseorang yang memiliki bentuk fizikal yang menarik selain daripada berkulit putih melepak.


Namun begitu, benarkah hasil kajian bahawa wanita cantik ini selalu dan kerap kali lebih berisiko untuk curang dibandingkan dengan wanita yang kurang cantik? betul ke? Jika di ambil beberapa kisah yang pernah terjadi, sememangnya perkara ini ada betulnya dan ada benarnya. 

KISAH ANANG DAN KRIS DAYANTI.

Jika mahu diambil daripada contoh yang paling dekat dan paling menggemparkan adalah kisah penceraian pasangan artis Indonesia iaitu Anang dan Kris Dayanti. Anang telah menghasilkan lagu mengenai kisah mereka. Kris Dayanti yang kini telah sah menjadi isteri kepada jutawan Timor Leste, adalah salah satu contoh terdekat mengenai kecenderungan wanita cantik untuk curang. Walaupun mereka ini adalah dari kalangan teman wanita, tunangan mahupun isteri orang !

Semua ini bukanlah sesuatu yang baru. Wanita cantik ini seringkali mendambakan perhatian. Mahukan perhatian dari siapa-siapa juga lelaki. Terkadang mereka ini gedik mengalahkan anak dara pula lagaknya. Mereka seringkali lupa pada status mereka lantas mereka mencari keseronokan bermain cinta bersama lelaki-lelaki lain. Situasi ini kerapkali berlaku kepada isteri-isteri yang kesepian kerana ditinggalkan oleh suami mereka ataupun kurang mendapat perhatian daripada pasangan mereka.

Wanita cantik seperti ini selalunya bersifat melayan sahaja mana-mana lelaki yang menegur mereka ataupun memuji kecantikan mereka. Tanpa mereka sedar bahawa di balik semua itu adalah perangkap hina lagi menghinakan yang akan membawa ke jurang kemaksiatan.

Selalunya yang berlaku seperti itulah. Tambahan pula dewasa ini dengan kecanggihan teknologi dan perkembangan dunia internet maya, skandal yang berlaku lebih luas. Malah lebih membinasakan. Tidak sedikit yang mendapat kesan buruk daripadanya. Malah sangat banyak sekali.

Apa-pun, jika cantik sahaja tiada gunanya. Bila tua masuk kubur di mamah cacing-ulat juga. Alangkah kasihan. kan?

Perbanyakkanlah ibadah pembenteng diri.

(^_^)
0 Komentar untuk "BETUL KE WANITA CANTIK SELALU CURANG?"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD