Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Antara Kekalahan dan Kemenangan. (Site Link Blog Hilang)

Adat pertandingan, dalam setiap pertandingan pasti ada yang kalah dan yang menang. Piala Dunia pun mesti ada pasukan yang kalah dan yang menang. Kalau seri pun mesti nak penalti nak tentukan pasukan paling layak untuk menang. Dah tu kalau dua-dua pasukan seri, takkanlah nak bagi Piala Dunia tu dua-dua yang pegang? ye dakk? 


Begitulah kehidupan, pasti ada yang kalah dan menang. Baru boleh dapat piala. boleh claim jadi juara. boleh nak bangga-bangga. walaupun menang kecil-tipis-bak-kulit-bawang, yang pasti mesti nak menang ye dak? Begitulah asam garam kehidupan. 

Dalam setiap kehidupan, semua orang pasti akan dapat gelaran nombor satu, tak kira yang paling bodoh-pandai-mahir-serabut-selekeh-cantik-bla bla bla. Semua orang akan dapat title nombor satu dalam salah satu segi kehidupannya sendiri. jadi usah risau. anda dahpun menang.

Berlainan bagi aku sebagai seorang blogger, kemenangan aku adalah apabila entri blog aku menduduki tangga no.1 carta First Page Google.Com. itulah yang terpenting dan paling penting bagi aku. Adohai.

Site Link Hilang.

Site Link blog aku dah tak ada dan tak wujud lagi. mungkin akibat lama sangat tak berupdate menyebabkan Google merasakan blog aku dah tak berguna. Padan muka ! Adoii...

Site link ini penting untuk menggambarkan bahawa blog ataupun laman web anda adalah penting dalam carta incek Google. Blog yang mempunyai site link akan sangat disayangi oleh incek Google kerana blog ini recognizable. Eh! betul ke apa aku merapek nih? Dush !

Apa-apapun, kemenangan tetaplah kemenangan, kekalahan tetaplah kekalahan. Seperti kata seorang kawan aku di alam nyata. :

"PAS tak KALAH cuma TAK MENANG? Ayat keling mana dia pakai tu?"

kah kah kah...

Salam perjuangan ! (^_^)
0 Komentar untuk "Antara Kekalahan dan Kemenangan. (Site Link Blog Hilang)"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD