Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

AKU ANAK DERHAKA SIRI 15 - CERPEN PAUTAN

Bismillahirrohmanirrohim. Maafkan pendekar atas segalanya. Cerpen pautan hakmilik Bro Gnesop ini sudah lama tersimpan di lemari usang tanpa bersentuh. Malang sekali tiada sesiapa yang ingin menyambung kisah ini. Pendekar masih mencari-cari.

Jadi untuk kali ini dan kali terakhir, izinkan pendekar lanjutkan siri ini untuk kali ini. Nikmatilah kali ini saja. InsyaALLAH, yang lainnya akan bersambung kembali. LillahiTa'ala.

Untuk memulakan pembacaan awalnya kemunculan cerpen ini sila ke sini --> http://goo.gl/oyyY6

******************
SAMBUNGAN DARI SIRI KE 14

Malam itu, kedinginan benar-benar mencengkam batang tubuhku. Dinginnya hingga ke sum-sum tulang. Meskipun kipas sudah ku matikan, namun, kedinginan malam yang terhasil daripada rembesan hujan lebat pada petang tadi benar-benar mengerekotkan tubuh badanku.

Dalam kedinginan itu, usai solat Isya' tadi, aku terbaring sendirian di atas tilam lusuh berkatilkan lantai rumah sewa ku. Baik-bait kenangan mula menjengah layar mata. Peristiwa-peristiwa lama mula menghiasi tabir ingat. Dari permasalahan keluargaku sehingga membawa aku untuk menjejakkan kaki ke kota metropolitan yang besar ini.

Benar kata ramai, bila sendirian, rindu sudah pasti akan datang menjengah. Sungguh, aku akui kerinduan ku kepada ibu dan ayah begitu kuat. Tetapi aku malu untuk menjejakkan kaki semula ke kampung halaman selagi apa yang aku mahukan masih belum tercapai.

Dalam pada mengheret kenangan dan melayan kedinginan malam, kedengaran lagu "Pump It" yang menjadi message tone handphone ku mengejutkan aku dari lamunan. Lantas ku capai handphone ku, ku lihat paparan yang tertera.

"1 Message Received" - begitu yang tertera di skrin handphone ku.

Lantas aku buka, dan terpampang nama Natasya di dalamnya. 

"Salam awak, dah tido ke?" - begitu yang tertera di inboks mesej ku.

"Wsalam awak, belum lagi. Kenapa?" - aku menekan butang send untuk membalasnya.

"Saya nak ajak awak keluar makan ni ha.. Awak boleh keluar tak ni?

"Hehehe...Mestilah boleh. Awak jemput saya okay? "

"Okay."

Hehehehe...aku terlupa pula nak bercerita pasal Natasya. Sebenarnya, sejak mendapat nombor handphone-nya tempoh hari, kami sering berbalas SMS. walaupun pada mulanya agak kaku kerana baru kenal. Namun lama kelamaan kami menjadi semakin mesra dan kemesraan ku bersama Natasya telah menyebabkan aku lupa tentang Fatimah.

Fatimah? Apa khabar agaknya dia? - tanyaku dalam hati. 

***********

Tepat jam 9.15 malam, Natasya tiba dengan Honca Jazz miliknya. Siapa Natasya yang sebenarnya masih belum aku ketahui dengan baik. Moga satu hari nanti aku mampu untuk mengenali siapakah Natasya ini sebenarnya. Lagaknya seperti anak orang kaya.

Kami mengunjungi sebuah restoran masakan panas yang terletak tidak jauh dari tempat tinggalku. Kebetulan malam itu malam minggu, jadi kelihatan agak ramai manusia yang mengunjungi tempat tersebut. Mujur saja masih ada 2-3 meja kosong untuk kami berdua. Dan kami mengambil meja kosong yang terletak di salah satu sudut restoran tersebut. 

Aku memanggil pelayan restoran. 

"Abang nak makan apa?" - tanya nya.

"Nasi paprik ayam dengan Nescafe tarik satu. Awak nak makan apa? " - balasku sambil bertanya kepada Natasya.

"Saya nak makan nasi goreng pattaya dengan air suam." - jawab Natasya lembut.

Setelah pelayan berlaku. Aku yang duduk di hadapan Natasya memandangnya dengan penuh kagum.

"Ya ALLAH, cantiknya dia..." - omelku.

"Awak cakap apa tu? Kenapa pandang saya macam tu? Seganlah saya."

Alamak ! dia perasan aku pandang dia lah... Adoii...


BERSAMBUNG ...

**********************

Psst~! Ini kali terakhir aku sambung cerpen ini, untuk tidak mengecewakan ramai pihak, aku kembalikan semula cerpen ini kepada pencetusnya, Blogger Gnesop Poseng.

Sekian sahaja untuk kali ini ya. Moga-moga jika sudah ramai yang dah bertambah, pendekar mampu jadi sebahagian lagi. mana tahu nanti boleh lah kumpul-kumpul jadi buku..ekekeke...
0 Komentar untuk "AKU ANAK DERHAKA SIRI 15 - CERPEN PAUTAN"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD