Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

DIGI WWWOW Award 2013

Nampaknya Digi Wwwow Award kembali lagi ke arena media maya. Kali ini terdapat hadiah yang sangat lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Sungguh beruntung pemenang yang bakal membawa pulang pakej percutian ke luar negara.

Pendekar bukan mengolah entri untuk mendapatkan sokongan bagi blog ini. Kerana blog ini langsung tidak tersenarai pun di dalam pertandingan tersebut. Apa yang pendekar bikin ini adalah untuk memberikan sokongan kepada sekalian blogger yang mengambil bahagian di dalamnya. Istimewanya buat Blogger Inspirasi, Denaihati dot Com, Hidupkan untuk memberi.

InsyaALLAH, beliau memang layak untuk memperolehi pengiktirafan sebagai Best of the Best Bloggger. Ini memandangkan bahawa beliau adalah Blogger yang sangat rajin membantu blogger lain terutamanya yang baru nak naik di dalam arena blogger.

Adapun pendekar juga ingin sarankan kepada anda supaya mengundi calon-calon yang anda rasakan sesuai. Anda perlu jujur dan tidak perlu terpengaruh. Misal contoh, pendekar undi Denaihati tidak bermakna anda juga harus mengundi beliau. Semuanya tergantung kepada pilihan anda sendiri..

Tetapi jika anda tidak keberatan. Undilah beliau dengan klik dua banner di bawah ini. :-)





Terima kasih :-)
1 Komentar untuk "DIGI WWWOW Award 2013"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD