Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Memahami Erti Majoriti Senyap.

Bismillahi...alhamdulillahi...wabillahi..

Sudah lebih dua minggu sejak selepas berakhirnya PRU ke 13 yang telah menentukan nasib beberapa parti dan individu yang bertanding. Yang menyaksikan kemenangan terus memihak kepada Barisan Nasional walaupun ada yang mengatakan bahawa kaum Cina melakukan satu langkah peralihan paling memeranjatkan sejak sekian lama...

Daripada 100% kaum Cina yang mengundi, lebih 80% memihak kepada Pakatan Rakyat..jika bukan DAP..ia akan jadi PKR..ataupun PAS...asalkan bukan UMNO dan Barisan Nasional...Kerana itu kita melihat calon PKR, Rafizi Ramli yang bertanding di kawasan majoriti Cina menang dengan majoriti yang besar...tetapi kebanyakan kawasan majoriti Melayu mengalami penyusutan undi yang besar di kalangan calon pembangkang...

Jika bukan kerana majoriti kaum melayu dan bumiputera menyokong UMNO-BN..sudah pasti kerajaan yang ada sekarang ini telah tumbang pada pilihanraya tersebut.

Credit to TIMES
MAJORITI SENYAP.

Berbalik kepada tajuk asal. Majoriti senyap adalah salah satu aspek paling penting yang menentukan hala tuju sesebuah parti politik yang bertanding dalam pilihanraya...majoriti senyap ini terdiri daripada pelbagai kelompok, dari nelayan ke eksekutif tertinggi dalam syarikat bertaraf antarabangsa...dari yang kerja kais pagi makan pagi..sehingga orang kaya yang berlebihan nasi...

Kelompok majoriti senyap ini adalah mereka yang hidup bersederhana...tidak mementingkan keduniaan dan kuasa...mereka ini hidup apa adanya..yang bersyukur atas limpah kurnia rezeki dari Tuhannya...tidak mahu lebih..tidak mahu mendesak buta-buta..kerana bagi mereka...kerajaan akan melaksanakan sesuatu yang baik untuk rakyatnya...

Sebagai CONTOH...BR1M adalah satu bentuk geran bantuan kerajaan.. dan bantuan ini sudah pasti bukan untuk mereka yang mengejar dunia dengan hidup di kota-kota besar...tetapi adalah untuk mereka yang tidak berupaya dan miskin di kampung-kampung...di desa-desa...di hulu-hulu...

kerana itu mereka langsung tidak mengharapkan langsung mengenai penurunan harga minyak...pemansuhan tol...pemansuhan PTPTN...dan bla bla bla...seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat...mereka bukan kelompok yang kaya raya...bukan kelompok yang pagi petang siang malam makan di kedai-kedai, restoran-restoran, hotel-hotel dan KFC-McD...mereka tidak bergaya dengan smartphone canggih, ipad-blackberry-macbook-tablet-bla bla bla..

apa signifikan mereka nak turunkan harga kereta? nak mansuhkan PTPTN? nak mansuhkan macam-macam lagi?? 

KELOMPOK PERTENGAHAN.

Kelompok kedua majoriti senyap adalah kelompok pertengahan...di mana kelompok pertengahan ini adalah kelompok yang terdiri daripada lelaki dan perempuan bujang...pasangan baru berkahwin..kelompok baru bekerja..dan yang setaraf dengannya...

Kelompok kedua inilah yang mampu mengubah hala tuju pemerintahan negara sekiranya mereka bertindak...kelompok yang paling besar di dalam negara...mereka ini terdiri daripada golongan terpelajar tetapi bersikap sederhana dalam pembawaan mereka...mereka tidak melebih-lebihkan dunia dalam tindakan mereka...mereka tidak perlukan suatu perubahan d\radikal dalam sesebuah kerajaan...mereka hanya mahukan suatu bentuk keamanan...keharmonian..ketenteraman...dan sokongan supaya mereka mampu mengatur perjalanan kehidupan mereka sebatas apa...

Kelompok ini terdiri daripada kalangan yang berilmu pengetahuan...tetapi mereka tidak mahu untuk menunjuk pandai akan ilmu yang mereka ada...menunjuk bahawa merekalah terbijak..terpelajar..terbaik..dari segala manusia yang ada..mereka ini adalah golongan yang merendah diri dengan ilmu mereka... itulah mereka...KELOMPOK GOLONGAN PERTENGAHAN...

KELOMPOK ELIT.

Dalam sesebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia, pasti akan muncul golongan korporat dan kaya...yang di sebut di sini sebagai kelompok elit...mereka terdiri daripada ahli perniagaan yang mengambil kira polisi pentadbiran kerajaan dalam perniagaan mereka...

sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menjalankan perniagaan import esksport, sedikit sebanyak sudah pasti akan mengambil kira polisi kerajaan dalam hubungan luar negara untuk mengelakkan sebarang kerugian...

kelompok-kelompok elit ini juga mempunyai pengaruh yang tidak sedikit kepada khalayak ramai...lihat sahaja media arus perdana...yang lebih cenderung untuk menyokong kerajaan kerana kepercayaan mereka yang lebih tinggi kepada kerajaan sedia ada...berbanding kepada kelompok yang berlainan...

PENANGAN MAJORITI SENYAP..

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional telah mendapat pengajaran yang tidak sedikit oleh majoriti senyap dalam PRU ke 13 ini..sama ada perubahan radikal dalam undi oleh kaum cina yang lebih memihak kepada Pakatan Rakyat...ataupun perubahan radikal undi oleh kaum Melayu dan bumiputera yang lebih memihak kepada UMNO dan BN...

Kelompok majoriti senyap ini telahpun bersuara..tetapi masih ada lagi yang mahu bikin onar kerana mereka mewakili kelompok populis...iaitu kelompok yang memenangi undi yang lebih banyak hanya kerana mereka mendiami kawasan yang lebih padat penduduk seperti di selangor, perak, pulau pinang, dan kuala lumpur...

PERINGATAN 

Harus di ingat...negara ini adalah PERSEKUTUAN. Setiap negeri mempunyai pemerintahnya sendiri. Dan pemerintah setiap negeri tidak boleh di usik melainkan sekiranya melanggar mana-mana undang-undang persekutuan. Jadi jangan kerana majoriti RAKYAT SELANGOR-PENANG-KELANTAN memilih pakatan rakyat, maka mereka fikir rakyat seluruh negeri di Malaysia memilih mereka juga. Itu syok sendiri namanya.

Bukankah di kalangan mereka sendiri ramai PEGUAM dan BAR COUNCIL sendiri menyokong mereka... atau peguam-peguam itu semuanya bagi mereka adalah golongan-golongan BEBAL belaka?

Hang PIKIAQ la sendiri...

p/s : Kebanyakan pemimpin USA menang kerana silent majority..bukan kerana populist majority..

p/s2 : jika kamu mengambil demokrasi sebagai satu sistem untuk menentukan pemerintahan negara, maka kamu perlu tahu konsep dan peraturannya...

p/s3 : kerajaan ingin demokrasi yang di pagar oleh akhlak Islam...iaitu demokrasi terpimpin... di mana kebebasan berdemokrasi itu dipagar dan dibataskan dengan sebaik mungkin supaya tidak terlepas dari ruang lingkup akhlak Islam..

p/s4 : jika demokrasi dilaksanakan tanpa batasan, maka akan terjadilah seperti di USA,Norway, dan negara-negara lain di mana berbogel tengah jalan pun halal...


p/s5 : entah berapa banyak p/s daa...
2 Komentar untuk "Memahami Erti Majoriti Senyap."

mentaliti kelas bawahan..

kerana itu mereka langsung tidak mengharapkan langsung mengenai penurunan harga minyak...pemansuhan tol...pemansuhan PTPTN...dan bla bla bla...seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat...mereka bukan kelompok yang kaya raya...bukan kelompok yang pagi petang siang malam makan di kedai-kedai, restoran-restoran, hotel-hotel dan KFC-McD...mereka tidak bergaya dengan smartphone canggih, ipad-blackberry-macbook-tablet-bla bla bla..

apa signifikan mereka nak turunkan harga kereta? nak mansuhkan PTPTN? nak mansuhkan macam-macam lagi??

kalau macam ni lah mentaliti kau, memang kau tak layak berbicara soal kepentingan rakyat..

rakyat miskin, makin miskin, pemimpin kaya makin kaya!

oh..rupanya...apa signifikan pemansuhan itu dengan kepentingan rakyat??

kerajaan melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan yang di antaranya memudahkan proses pinjaman..menawarkan bantuan GERAN PELANCARAN melalui 1AZAM...memberikan nasihat perundingan...memasarkan hasil-hasil pertanian sehingga ke luar negara...

semua itu adalah dengan tujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat..

tetapi jika mereka tidak mahukannya...siapa kamu untuk memaksa??
ramai orang yang dulu dikategorikan sebagai miskin tegar kini sudah mampu berdiri atas kaki sendiri dengan program 1AZAM dan lain-lain program yang disediakan oleh kerajaan...

jika kau tidak tahu apa-apa..pergi jilat kaki nuar !

puii !

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD