Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Al-Kisah Choki-Choki, Jururawat dan Operate Mata Di Hospital Selayang

Punya la lama sungguh blog ini tidak berupdate. Sudah sejak sekian lama ia bersawang tanpa sebarang isi yang mampu aku sajikan buat tatapan khalayak. Andai sahaja kesibukan dan kelelahan bukanlah satu halangan yang menghampar. Sudah pasti setiap saat, setiap waktu ingin sahaja aku lakarkan rasa hati lewat blog picisan ini.

Berbalik ceritera, aku menanti enam bulan lamanya untuk melakukan operasi pembedahan mata. Tunggu punya tunggu akhirnya tibalah pada tarikh yang dijanjikan. Maka bergegaslah aku dari Kuala Terengganu-Temerloh-Kuala Lumpur untuk menghampiri Hospital Selayang yang letaknya di Selangor Darul Ehsan. (Ehsan la sangat.....)

Alkisah oleh sahibul hikayat, akan aku pun didaftarkan ke Wad 6B Oftalmologi pada 1 April 2013 untuk di siap-siagakan bagi pembedahan pada keesokan harinya. Maka menantilah aku dengan tangan yang di cucuk jarum (entah apa namanya) dan tag yang terikat kemas di pergelangan tangan kiri. 

Maka menantilah aku dengan penuh sabar sehinggalah sampai hampir satu jam sebelum pembedahan, aku telah mentibai sebatang choki-choki.......yang menjadi pantang larang sebelum pembedahan kata pakar....

Akibatnya, pakar telah menolak untuk melakukan operation terhadap aku meskipun semua dokumen telah ditandatangani, semua prosedur telah dipatuhi, namun akibat sebatang choki-choki, maka terkuburlah harapan untuk melakukan pembedahan itu...

(kamu boleh rasa apa aku rasa jika aku bilang ingin sahaja aku memaki seluruh manusia di wad itu termasuk nurse-nurse, doktor-doktor, pakar-pakar, pesakit-pesakit.... dan segalanya...)

Enam bulan...bukan satu tempoh yang sekejap bila kau ungkapkan ia menjadi SETENGAH TAHUN ! sudahlah aku datang dari jauh nun dari Terengganu... turun naik bas...berseorangan...menahan penat dan jerih memikul beg yang bukannya kecil...berpuasa untuk tidak makan apa-apa... sampai sahaja di pintu bilik pembedahan, DI SURUH PULANG hanya kerana mentaram sebatang Choki-Choki??? Alangkah keji !

Arrrgggghhhhh ! ! Aku masih tidak puas hati !!!

Kata jururawat di wad 6B hospital selayang, mereka akan menelefon aku untuk suatu tarikh baru. Kini sudah dua hari...sejak 2 April 2013... aku masih menunggu lagi panggilan telefon mereka...menanti penuh sabar handphone aku berdering dan bergetar... Namun HAMPA !!

Setengah tahun bukan satu tempoh masa yang sekejapan cuma !!! 

Darah ini percuma saja...

p/s : Masih menunggu panggilan...moga-moga tidak akan sehingga malaikat Izrail datang menemui aku untuk meminta nyawa... Amiinnn....

p/s 2 : Kerja jururawat itu mulia...jadi senyumlah... jangan bermasam muka...jika tidak, manusia yang sakit akan bertambah sakit melihat muka anda...jangan ada manusia yang mati kerana melihat muka masam anda !!

p/s 3 : Balik Terengganu main PS3 lah gamaknya....



2 Komentar untuk "Al-Kisah Choki-Choki, Jururawat dan Operate Mata Di Hospital Selayang"

Makna lain kali nak buat atau makan apa saja kena minta kebenaran dulu.

Kerana sebatang choki2 xdpt wat operation..sadiss..kalo la yana kt situ asenyer mcm nk marah2 jek pakar tuh..err..tp salah sendiri gak sape suh gatai nk mkn an..hihi..bkn puasa ke tu?? batal puasa suda..

#len kali jgn wat dh taw.. :)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD