Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Tarikh PilihanRaya Umum ke 13 2013 (Tarikh PRU13)

Kata orang cina, angka 13 adalah angka sial. (Bilakah ?). Tarikh Pilihanraya Umum ke 13 PRU13 pada tahun 2013 ini pula mungkin membawa konotasi malang buat sesetengah orang cina. Kerana itu mereka sedaya upaya untuk mengelakkan kejadian malang dari angka malang ini daripada berlaku. Bukan pendekar yang kata, orang cina sendiri yang percaya. Lagu mana? huhu. . .

Masa hanya membilang saat sebelum tarikh pilihanraya umum 2013 menjadi kenyataan. Mungkin saja masih menunggu ilham seperti mantan Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ataupun masih belum tiba masanya lagi.



Mengikut sistem demokrasi dan pilihanraya di Malaysia, negeri pertama yang akan mengalami pembubaran Parlimen secara automatik adalah Negeri Sembilan pada 28 Mac 2013 dan di ikuti oleh negeri lain. Jadi jika hendak mengelakkan keserabutan dan kekelamkabutan dalam proses pelaksanaan pilihanraya, maka tarikh pilihanraya sudah pasti perlu diumumkan selewat-lewatnya dua minggu sebelum pembubaran dun dan parlimen secara automatik.

Semua pihak perlu sedar bahawa sebarang perlanggaran undang-undang yang dilakukan di sepanjang tempoh pembubaran ini, segala kuasa perundangan, pemerintahan dan lain-lainnya adalah terletak di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong. (semoga tidak ada yang tidak tahu bahawa YDPA adalah pemerintah tertinggi negara.)

Persaingan sengit pasti berlaku walaupun ramai pihak yang mengatakan bahawa pihak mereka kan menang dan pihak lawan akan kalah. Masing-masing mula menumpukan kepada mesyuarat dan strategi perancangan di sebalik pelbagai tanda tanya yang berkisar dalam pengumuman tarikh pilihan raya umum.

Apa-apapun pengumuman tersebut tertakluk kepada keputusan Yang Di Pertuan Agong, sama ada membenarkan pembubaran atau pun tidak. Lihat berapa ramai yang tahu akan kuasa sebenar YDPA sehinggakan sebarang keputusan penting yang melibatkan masa depan negara perlu mendapat persetujuan baginda. Yihaa !

Hanya kelompok yang buta sejarah dan perundangan sahaja dan yang malas untuk mengkaji akan maklumat dan penyelidikan yang akan membantu mereka mengadaptasi keadaan yang akan berlaku di dalam kemuncak pemilihan anggita perwakilan Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen.

Apa-apapun sama-samalah kita tunggu kemuncak pengumuman tarikh pilihanraya umum 2013 nanti. Yihaa !

Salam Perjuangan !


2 Komentar untuk "Tarikh PilihanRaya Umum ke 13 2013 (Tarikh PRU13)"

Admin undi pas, undilah pas ye!

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD