Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Tag dan Label : Cara Mudah Menghumban Blog ke Peringkat Tertinggi Enjin Carian Google Yahoo Bing

Bismillahirrohmanirrohim..

Kata demi kata yang teratur di lewat batasan aksara. Ketika aku menulis suatu perbandingan ilmu seni permainan seo yang seringkali bergentayangan di hadapan mata. Permainan kata kunci yang telah dipaparkan sebelum ini sehinggalah suatu saat kehidupan itu sendiri mengungkapkan bahawa akan tiba satu masa semua ini akan terhenti dengan sendirinya.

Okay... berbalik kepada topik paling tinggi di arena penggodaman algorithm Google. Sebenarnya, cara paling mudah untuk mendaki kemuncak tertinggi entry di enjin carian adalah melalui Google. Tidak percaya? Percayalah....

Berbanding segala macam search enjin yang pernah wujud sehingga kini. Yahoo, Bing, Ask, Monster, dan sebagainya yang mengarah kepada algoritma pencarian kata kunci yang telah diasaskan oleh Google Inc. sebelum ini.

Cara paling mudah untuk menghumban entry post blog anda ke kemuncak tertinggi dalam carta pencarian kata kunci Google adalah melalui satu prakata yang dinamakan sebagai TAG ataupun LABEL.


KENAPA TAG ITU PERLU ?


Tag merupakan salah satu elemen terpenting dalam penyusunan kata kunci yang mungkin akan di cari oleh pelayar. Sama ada kita sedar atau tidak, kebanyakan blog atau website yang berada di atas senarai pertama enjin carian bisa menjadikan tag sebagai satu tajuk utama entri post mereka.


Contoh penggunaan tags


Berbanding dengan blogger yang menggunakan platform blogspot atau blogger dot com, blogger yang memiliki hosting sendiri lebih mudah untuk menyuntik elemen tag di dalam setiap entri mereka. Ini berasaskan fungsi pluggin yang banyak boleh didapati di mana-mana.

Namun sebenarnya, blogger blogspot memiliki peluang lebih tinggi untuk mengatasi mereka di dalam pencarian kata kunci berasaskan elemen tag ini. Caranya sangatlah mudah dan tanpa perlu pening untuk memikirkan bagaimana keyword itu mampu menghumban entri post blog kita di kemuncak tertinggi enjin carian Google. Jika tidak yang pertama,ia mungkin di kedudukan yang kedua ataupun di muka depan SERP.


MENIPU PELAYAR DENGAN TAGs

(Kaedah ini digunakan di dalam entry dan post anda.)


Tag ataupun label boleh digunakan tanpa pengetahuan para pelayar internet. Mereka tidak akan menyedarinya sekiranya blogger bijak untuk menggunakan kelebihan mereka dalam seni permainan SEO ini...

contoh tags : kenapa perlu tag, apa itu tag, apa itu label, kenapa perlu label, kepentingan tag, kepentingan label.

contoh tag : bagaimana untuk menyorokkan tag, sorok tag, sembunyikan tag, hilangkan tag, 


Di atas adalah dua contoh tags, tetapi anda hanya mampu untuk lihat satu sahaja tag yang wujud. cara untuk lihat tag yang kedua?

he he he... rahsia.... 

tata...

*lelambai*
5 Komentar untuk "Tag dan Label : Cara Mudah Menghumban Blog ke Peringkat Tertinggi Enjin Carian Google Yahoo Bing"

wow! wait a minute,, menggunakan kata kunci berlebihan tidak baik pengaruhnya dengan blog? istilahnya 'keyword stuffing'

tak perlu risau....keyword stuffing takkan berlaku jika bijak memainkan dan menyusun keyword....

yihaaa !

Alamakkk.... Rahsia pula :-)

Pening nak faham bahasa Hnag Tuah Pendekar.Tapi bestlah!

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD