Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Al-Fatihah Buat Blogger Teratakarmo : Bro Jejai Meninggal Dunia

"Demi Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Demi Tuhan yang menciptakan Roh dan Jasad. Demi Tuhan yang menciptakan dunia dan segala isi-isinya. Sesungguhnya, dari dia makhluk itu datang dan kepada dia makhluk itu kembali."

Berita sedih memayungi dunia maya ketika terbaca mengenai kematian blogger Teratakarmo iaitu bro Jejai yang telahpun menghadap Ilahi pada jam 3 petang Selasa, 12 Februari 2013.

Bagi blogger baru, mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, tetapi ketika era kemahsyuran komuniti blogger dahulu, di mana dengan meriahnya DUNIA BLOGWALKING dan JEMPUT SINGGAH serta follow memollow, jerit-menjerit di Shoutbox, blogger Jejai adalah salah seorang blogger yang dikenali sebagai blogger otai.

Kemeriahan dunia blogger pada ketika itu mencapai kemuncaknya apabila isu Trafik Palsu mencuri perhatian para blogger sehinggakan akibat peristiwa tersebut, ramai di kalangan blogger mula membuang kotak jerit / shoutbox dari blog mereka.

Berbalik kepada berita kematian blogger jejai, blogger RedMummyDotCom telah men-tweet mengenainya. Berita yang kemudian di SHARE oleh komuniti blogger termasuk blogger Inspirasi, Denaihati.com .

Aku sebenarnya tidak mengenali beliau secara face to face malah jika di sebutkan secara jujurnya, aku tidak mengenali beliau secara mesra berbanding dengan kalangan blogger yang lain. Semasa zaman kegemilangan arena blogwalking dahulu kala, aku mengetahui bahawa Bro Jejai adalah salah seorang daripada blogger otai di kalangan para blogger yang sedia ada.

Malahan ketika aku menumpukan kepada Seni Permainan SEO, aktiviti blogwalking aku sudah jauh ketinggalan disebabkan oleh kekangan masa dan waktu serta fokus aku kepada entri SEO. Kesan daripada tindakan segelintir blogger yang gila trafik melalui aktiviti spamming di kotak jerit atau lebih dikenali sebagai ShoutBox di kalangan blogger.

Sudah ramai yang meninggalkan arena blogwalking selepas pendedahan besar-besaran penipuan  blogwalking ketika itu. Bukan aku sahaja, tetapi termasuk beberapa orang blogger lainnya seperti Naz Suratan Kebetolan yang GAY, Ujang Erti Kehidupan yang Nyah, Faizal Fredley Gay,   Belalang Hijau Perisik dari Suara Bawah Tanah, Ellen Mummy Nemo, dan ramai lagi.

Walaupun entri ini mungkin agak terlambat aku publishkan akibat kekangan masa yang tidak mengizinkan, doa aku dan juga doa sekalian sahabat blogger yang sentiasa berada dalam kelompok KUASA BLOGGER pasti akan mengiringi kepulangan beliau ke pangkuan Ilahi.

Hanya kita yang masih hidup ini, yang takkan tahu bagaimana nasib kita ketika menghadapi saat kematian. Masihkah kita ingin lagi bergelak ketawa tanpa batasan? Atau adakah kita akan menangis bila di beritahu bahawa kita mati nanti sendirian di dalam hutan, jasad tinggal di mamah ulat jadi bangkai?


Maka, teruskanlah berseronok selagi percaya bahawa kita akan hidup seribu tahun lagi....

Al-fatihan...


************
Ketika bagaikan menangis...
rintihan bayu penuh sendu...
di dunia kau bukannya pengemis...
moga di sana kau tersenyum lugu....
2 Komentar untuk "Al-Fatihah Buat Blogger Teratakarmo : Bro Jejai Meninggal Dunia"

salam Bro..
Al-Fatihah buat arwah jejai..
moga Allah merahmati beliau

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD