Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

7 Jam Perjalanan Kuala Terengganu - Kuala Lumpur

Bismillahirrohmaanirrohiimm...

Alhamdulillah..syukur pada Allah Azzawajalla kerana dengan rahmatnya aku sampai di KL dari Kuala Terengganu menaiki bas Transnasional jam sebelas malam tadi. Perjalanan yang di awali dengan tergesa-gesa kerana hendak kejar tiket bas. *hampeh betul kawan aku srang ni bila kata ada tiket KT - KL jam 12 tengah malam*.... untung masih sempat lagi... gyahahahaha....



TAMBANG BAS RM30.20

Kawan aku bertanya pada aku apasal harga tiket aku cuma RM30.20 compared dengan standard harga RM40.20? Aku pun jawab lah harga special untuk orang macam aku. If you know what i mean. Yihaa !


APA YANG AKU BUAT?

Kalau difikirkan bila terlibat dalam perjalanan malam, sudah pasti perkara pertama yang akan terlintas dalam kepala otak adalah tidur. Dan itulah yang telah aku buat sepanjang perjalanan malam ini. Yelah kan. Apa sangatlah pemandangan yang boleh di lihat sepanjang perjalanan KT-KL waktu malam. Aku terjaga pun semasa bas berhenti rehat di Kemaman, Terengganu. Kira sempat lagi la melepas sapkoktangwa.... gyahahahaha... 


DRIVER BAS TUKANG BANCI

Bila dah berhenti rehat tu, drebar bas terpaksa jadi tukang kira bilangan penumpang. Lawak tak lawak, lucu itu ada. Di sebalik tugas mereka jadi drebar bas cum tukang banci bilangan penumpang yang ada kut-kut la ada yang tertinggal kang haa...naya je... tak pasal-pasal keluar newspaper esok bertajuk, "Akibat Tertinggal Bas, Tidur di Bangku RnR."...gyahahahaha...

Itu belum termasuk lagi perumpamaan yang tercipta, "bagai bas meninggalkan penumpang" , "bagai di tinggal bas di hentian RnR", "umpama tayar bas dah bergolek baru nak tarik pam jamban"...gyahahaha...


DUA KALI HENTI REHAT

Selepas kali pertama henti rehat, ada sekali lagi bas berhenti rehat yang aku tak tahu kat mana. Yang aku tahu ia dekat dengan plaza tol Karak sebab tak lama selepas itu bas sampai kat plaza tol Karak. Pada hentian rehat kali ini, aku tak turun, cuma duduk dalam bas. Apa lagi, tido lerrrr...nyiahahaha....


DAH SAMPAI

Peristiwa masa dah sampai ini paling memalukan. Sebab apa? Ada awek yang kejutkan aku yang berbungkus dengan kain pelikat siap tutup badan-kepala semua macam pakai selimut...padahal masa tu dah sampai pun di Hentian Putra. *bagi yang tak tahu Hentian Putra ini terletak di depan PWTC*. Untung awek tu lawa...sambil senyum-senyum lak tu... aku yang tengah mamai tu buat muka koya... mamak gila muka ! kah kah kah...

Gila tak gila aku sempat lagi buat rileks padahal drebar bas dan-dan nak cepat. buat bodo ja kata orang... sambil lipat-lipat kain pelikat kesayangan. gyahahaha... tapi disebabkan hati aku baik dan bersimpati *ecececehh*, aku bawa beg yang terbuka zip dia, laptop yang belum dimasukkan ke dalam beg terus angkut keluar...mulia tak aku? hiks hiks hiks....


LAPTOP JADI YOOBOO

Pernah dengar Yooboo? Portable Charger yang sekarang ni jadi satu fenomena di dalam aliran kecanggihan dunia teknologi tinggi smartphone? Al-kisahnya, Galaxy Y aku kehabisan bateri dan dah keluar notification connect to charger. Seperti biasa disebabkan Galaxy Y adalah peranti yang menyokong USB Cable, maka secara automatik aku keluarkan laptop dalam MODE STANDBY. Aku offkan screen dan jadikan ia sebagai YOOBOO ! Hebat tak? Hebat tak? Gyahahaha....


MENERUSKAN PERJALANAN

Dengan muka kantuk dan mamai, berminyak, dan belakang badan yang sakit, aku teruskan perjalanan dengan beg Deuter UPTOWN yang aku kirimkan fotonya dalam FB sebelum ini. Penat tak penat, kena jugaklah teruskan perjalanan kembara kelana di dunia realiti pula... kih kih kih...

Beg Deuter ini Berharga RM120.00. ada tulang besi kat belakang. 



KESIMPULAN-PENUTUP-AKHIR KALAM-BLA BLA BLA

Jika hendak buat perjalanan jauh, especially pada waktu malam ataupun hari hujan, pastikan anda sudah membuat persediaan secukupnya terutamanya SWEATER-GEBAR-SELIMUT atau yang seangkatan dengannya yang boleh membantu anda menyelamatan diri anda dari kejung akibat kedinginan AIRCOND bas ! Wahahahaha.....

Aku tengok style ramai orang dengan bermacam-macam gaya selimut dia...tidur dia... ada yang dapat kerusi dua orang tapi buat macam sofa kat rumah... ada yang baring dengan kaki terkangkang.. dan macam-macam lagi gelagat penumpang yang sungguh unik dan menarik. Kalaulah aku ada DSLR, aku snap satu-satu dalam MODE night vision ! keji tak aku ? gyahahahaha....


okay chow...salam perjuangan dari aku untuk sekalian para pembaca !
4 Komentar untuk "7 Jam Perjalanan Kuala Terengganu - Kuala Lumpur"

berani ke curi gambar penumpang sedang tidor dalam bas. saje je kamu dapat penampar free. kalau kakCT...stoking satu kemestian. kalau tertinggal rasa macam nak turun, balik amek! n

amek = ambil.

kalau tak bawak sweater/selimut memang tak boleh tidurlah rasanya.

beli la dslr.. kan kayoooo

Salam.
Jauh perjalanan luas pengalaman. Tapi kalau tidur dalam bas pun boleh.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD