Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Sejarah Penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia atau singkatannya, ABIM telah ditubuhkan pada 6 haribulan Ogos 1971 bertempat di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Di antara para pengasas pertubuhan ini adalah : 

1. Ustaz Abdul Wahab Abdullah - Pengerusi Jawatankuasa Penaja
2. Fauzi Abdul Rahman - selaku Setiausaha.

Namun begitu, beberapa ketika gerakan mahasiswa Islam mengambil tempat di dalam negara, maka semakin ramai yang menjadi anggota ABIM. Dan pada itulah timbul cadangan untuk menjadikan ABIM sebagai satu pertubuhan rasmi yang boleh dianggotai oleh belia-belia Islam di seluruh negara khususnya para Mahasiswa.

Maka pada 17 Ogos 1972, lahirlah ABIM, sebuah pertubuhan rasmi yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dengan Presidennya yang pertama iaitu Prof. Dr. Razali Nawawi.

Pada 1974, Anwar Ibrahim telah menjadi Presiden ABIM yang kedua menggantikan Dr Razali Nawawi. 

Pada ketika ini, ABIM muncul sebagai gerakan belia paling berpengaruh di dalam negara.

Tempat Anwar Ibrahim digantikan oleh Dr. Siddiq Fadzil pada 1983 apabila Anwar secara rasmi telah menganggotai UMNO.

Senarai Presiden yang pernah berkhidmat dengan ABIM sepanjang penubuhannya sehingga kini adalah.

1. Dr. Razali Nawawi - dari 1972 hingga 1974
2. Anwar Ibrahimdari 1974 hingga 1982
3. Dr. Siddiq Fadzildari 1983 hingga 1991
4. Dr. Muhammad Nur Manutydari 1991 hingga 1997
5. Ahmad Azam Abdul Rahmandari 1997 hingga 2005
6. Dr. Yusri Mohamaddari 2005 hingga 2009
7. Dr. Muhammad Razak Idrisdari 2009 hingga 2011
8. Amidi Abd Manandari 2005 hingga Sekarang.



VISI dan MISI ABIM

Termaktub dalam perlembagaan ABIM dalam Bab 1 Perkara 1.3:-

Lambang ABIM berbentuk bulan sabit berwarna hijau dengan perkataan ALLAH dalam tulisan jawi di tengah-tengahnya dan perkataan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA dalam tulisan Jawi di bawah bulan sabit itu.

ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik.

Visi ABIM: 'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah'

Misi ABIM: 'Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah'



Diolah dari sumber : http://www.abim.org.my/v1/index.php/profil/sejarah
4 Komentar untuk "Sejarah Penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)"

moga ABIM terus sukses dan terus berkhidmat untuk bangsa dan negara tercinta =D

terima kasih perkongsiannya. dr kecil lagi kita dah biasa dengar ABIM, harap ini dapat tambah ilmu

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD