Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Di Langgar Selepas Membantu Mangsa Kemalangan. Nilai Murni Yang Semakin Hilang

Sedih sebenarnya selepas membaca akhbar Kosmo Online pagi tadi. Antara lain memaparkan kematian dua orang yang dilanggar oleh van selepas membantu sekeluarga mangsa kemalangan. Mereka mati akibat kecederaan yang serius dan parah. 

Mati di tempat kejadian - itulah yang dipaparkan dalam suratkhabar Kosmo. Walaupun mereka berlainan bangsa dan agama, tetapi niat murni mereka itu sepatutnya dipuji. Ketepikan persangkaan negatif bahawa mereka melakukannya demi wang atau apa.. siapa sanggup gadaikan nyawa demi membantu orang lain itu lebih utama.

Jika kita mahu ambil kira, semua dari kita-kita ini hanyalah mementingkan diri sendiri. Bagaimana hendak isi tembolok sendiri sehingga puas. begitulah adanya.

Hidup bukanlah untuk kita mementingkan diri. Kerana itu diciptakannya berbagai bangsa dan agama...supaya kita berkenal-kenalan..asal sahaja kita tahu batas setiap perhubungan.

diam.

2 lelaki bantu mangsa nahas maut dirempuh van

26/01/2013 2:46am

IPOH – Sepuluh minit selepas membantu menyelamatkan mangsa kemalangan, dua lelaki terbunuh akibat dirempuh oleh sebuah van pada laluan menuruni bukit selepas Terowong Menora di KM258.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kuala Kangsar, semalam.
S. Lee Pride, 31, seorang pemandu kereta dan S. Parveen, 26, seorang pemandu trak penunda, berhenti untuk membantu sebuah keluarga yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan.
Malangnya, selepas berjaya mengeluarkan keluarga berkenaan, kedua-dua mangsa berada di hadapan kereta tersebut untuk membantu mengawal lalu lintas apabila pemandu van berkenaan berusia 29 tahun gagal mengawal kenderaan lalu merempuh kedua-dua mereka.
Sebelum itu, sebuah lori, treler dan dua buah kereta jenis Proton Waja dan Proton Persona terbabit dalam pelanggaran ”bampar ke bampar” lalu kereta Persona yang dinaiki oleh keluarga tersebut terbabas melintang jalan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Gaffar Muhamad berkata, dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Beliau berkata S. Lee berasal dari Taman Sri Tengah di Kluang sedang dalam perjalanan ke Sungai Petani, manakala Praveen dari Kuala Kangsar menawarkan khidmat menunda kereta di kawasan tersebut. – BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2J1sMS3kg 
Hakcipta terpelihara 
2 Komentar untuk "Di Langgar Selepas Membantu Mangsa Kemalangan. Nilai Murni Yang Semakin Hilang"

kesiannya..niat dia baik tapi dah ajal kan.siapa sangka

Pujilah jasa baik mereka,r.I.p.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD