Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Ketik Jemari Mengungkapkan Kata : Rindu Yang Terdiam

Bismillaahh...

Penulisan adalah jiwa seorang pengarang, jiwa seorang perindu, jiwa seorang pujangga, jiwa seorang ilmuan dan jiwa seorang kekasih yang merindu.

Apa ada pada penulisan? Dari sekosong-kosong rangkap kata yang di susun abjad demi abjad untuk membentul sebuah penulisan, ia mampu menusuk jauh ke dalam hati.

Seumpama, 

"Kerajaan penuh kezaliman, kita mesti menentang kerajaan kerana mengekalkan undang-undang kafir dan menindas rakyat kebanyakan! Kerajaan sekarang ini haprak! Korupsi! Kronisme dan menzalimi rakyat!"

dan,

"hanya manusia bodoh seperti mereka sahaja yang akan menyokong membuta tuli. kita lain. kita menentang mereka kerana mereka menyokong orang-orang yang zalim! Ayuh! Lawan tetap lawan!"



Itu hanyalah sekerat daripada sekian banyak contoh perkataan yang membunuh emosi dan kewarasan akal. Ia menerbitkan perasaan tidak puas hati, benci dan memberontak dalam jiwa mana-mana orang yang membacanya jika tidak mempunyai ilmu dan akal yang waras untuk menilainya.


Bandingkan pula dengan perkataan di bawah ini,

"Kerajaan terbina oleh manusia, dan manusia itu tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki kesilapan tersebut selagi nafas belum sampai ke kerongkong."

dan,

"Melakukan pemberontakan, hasutan dan menyemai kebencian ke mana-mana hanyalah akan menyakitkan hati sendiri. Bahkan kita juga akan menyakiti hati manusia lain jika tidak berwaspada. Mahukah kita menjadi manusia yang dibenci oleh manusia lain?"


dua perbandingan yang menjurus kepada dua topik yang berlainan. Sama ada kita mahu atau tidak, kitalah yang berhak untuk memilih.

Salam Perjuangan...


0 Komentar untuk "Ketik Jemari Mengungkapkan Kata : Rindu Yang Terdiam"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD