Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2013 Tingkatan 4

Rupa-rupanya sudah lama semakan keputusan tawaran kemasukan ke sekolah berasrama penuh tahun 2013 bagi tingkatan empat (4) boleh dilakukan.

Tak sangka terlepas momen penuh bermakna ini. Huhu...malangnya lah nasib badan.

Dahulu pendekar cuma dapat 7A dan 1D sahaja bagi Penilaian Menengah Rendah... itupun pada tahun 2000 dahulu... masa itu, pendekar seorang sahaja pelajar melayu dalam kelas yang dapat 7A...yang lainnya adalah pelajar perempuan cina.

Siapa yang tak bangga kan? he he...sementelahan dengan segala kekurangan yang pendekar hadapi masa itu. dengan namun kerana semangat cintakan ilmu dan juga rezeki dari ALLAH dengan tidak pernah hentinya berdoa, akhirnya pendekar berjaya jadi salah seorang daripada pelajar terbaik di aliran biasa. (mengambil kira di sekolah pada masa itu ada dua aliran, aliran biasa dan aliran Kelas Rancangan Khas.).

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LINK SEMAKAN 


Momen tersebut begitu berharga bagi pendekar. Kerana di situlah letaknya apabila kita meletakkan usaha gigih di hadapan doa dan tawakkal..InsyaALLAH, rahmat Ilahi itu luas.

Kepada yang berjaya, mudah-mudahan ia bukanlah satu petanda bahawa kita berpuas hati...tetapi petanda bahawa kita mahu capai dan gapai lebih lagi. Itulah yang sebaiknya...

Semoga berjaya.. (^_^)
0 Komentar untuk "Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2013 Tingkatan 4"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD