Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Kebangkitan Rakyat dan Kejahilan Rakyat.

duduk rumah sambil layan stim bila tonton pesta memperbodohkan manusia.

dari ceruk kampung dan pekan
dari pinggir bandar dan hutan
masing-masing datang dengan tujuan,
mahu jadi hero di jalanan.

oppss...rerupanya di stadium.
hiks hiks hiks..

aku cuma perhati..
perhati saja..
malas mahu buat kesimpulan sendiri..
perhati saja apa mereka buat...
tunggu dulu...
sampai akhir..

hiks hiks hiks...

aku dulu dengar si Hisham Rais melolong..
sampai terpaksa minta air dahaga kerongkong...
di bumi kebangkitan golongan kiri katanya...
tempat Pak Sako dan komunis katanya...
aku bangga katanya...
aku datang ke mari untuk menghasut! katanya..

hiks hiks hiks...

aku yang dengar senyum saja...
tapi aku kasihan sama Pak Sako yang dibusukkan namanya...
seorang pejuang yang di tuduh menyokong komunis...
adush...malang sekali namanya digunakan untuk segelintir manusia celaka gila kuasa...

hiks hiks hiks...

lima puluh kali aku geleng...aku istighfar...kerana apa?

di situ kemuncak kebodohan menggila... nanti saja aku cerita lagi...

hiks hiks hiks...

*gelak semunyik*

2 Komentar untuk "Kebangkitan Rakyat dan Kejahilan Rakyat."

Masa aku belajar sejarah dulu juga baca buku2 sejarah yg ditulis berdasarkan sumber penjajah British yg menjadi tuan besar kita dulu. Bagi penjajah British semua pihak yg menentangnya termasuk tokoh2 PKMM (Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya), KMM (Kesatuan Melayu Muda), Hizbul Muslimin semuanya dicop sebagai komunis. Pemimpin2 anti-British seperti Pak Sako, Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir semuanya dipanggil komunis, setaraf dengan pemimpin2 Parti Komunis Malaya seperti Rashid Mydin, Abdullah CD dan Shamsiah Sutan Faqih yg berpendidikan sekolah agama itu. Bagi British, asalkan orang itu menentangnya dan asalkan orang itu berpendidikan agama mereka semua difitnah sebagai komunis.

Yang bukan komunis bagi British ialah orang2 yg bekerjasama dengan penjajah, minum kopi panas dengan pegawai2 British sambil bercakap Inggeris seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr Ismail..

Malangnya anggapan bahawa Pak Sako, Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan lain2 tidak menyumbang kpd kemerdekaan Malaysia yg dibawa British masih dipegang erat oleh pemimpin2 kita pada hari ini. Pejuang-pejuang anti British seperti Pak Sako, Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir tak pernah diiktiraf perjuangan mereka sampai sekarang. Sebab itu jika kita baca ucapan pemimpin2 kita mereka cuma menyebut pemimpin2 yg bersahabat dengan penjajah sahaja sebagai pejuang kemerdekaan, manakala pejuang yg menentang British spt Pak Sako, Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir nama mereka tak disebut langsung..

Tapi suatu masa nanti apabila sejarah dibenarkan ditulis semula tanpa memihak kepada mana2 pihak, nama2 pejuang2 anti-British seperti Pak Sako, Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir akan dikenang dan terpahat dalam tinta emas...

seorang pejuang yg ikhlas tidak memerlukan penghargaan duniawi.yg penting dirinya ikhlas ye anon

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD