Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal.

Bismillahirrohmaanirrohiimm...

Innalillaahi wa inna ilaihirrooji'un...

Barakolloohu fiikum...

Aku menulis ini bukan mahu kamu terima bulat-bulat. Aku menulis bukan mahu kamu pertahan tanpa fikir akibat. Tetapi aku tulis kerana aku tidak mahu bersemaraknya musibat.

Allah...kalimah teragung di bumi. Pujaan sekalian penghuni langit. Di mana di angkat taraf manusia itu kerana tauhidnya mengESAkan Allahu Ta'ala..Yang Teratas dari segalaNya.

Ada ulamak bilang, semua manusia punya untuk sebut nama Allah. BENAR. Semua manusia punya hak guna nama Allah dalam pertuturan seharian. BENAR. Tetapi semua manusia TIDAK PUNYA HAK menghina Allah dengan menyebutnya sebagai Tuhan Yang Beranak. Mencelanya sebagai Tuhan Yang Di Salib. Mengatakannya sebagai Tuhan Yang Menebus dosa dengan diriNya sendiri!

Bila mana kita berikan Kristian itu hak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Kitab Injil mereka. Kita sekaligus telah mengiktiraf gerakan dakwah mereka terhadap umat Islam. Kita juga telah mengiktiraf kitab Injil mereka sebagai Kitab yang setaraf dengan al-Qur'an. Kita juga telah membiarkan mereka menghina Rabb kita dengan panggilan Tuhan Yang Mempunyai Anak!

Tidakkah kita berfikir?

~Pause~

Aku tahu kalian semua sedar bahawa kita semua di penghujung zaman. Di mana iman manusia senipis kulit bawang, di mana kaum muslimin bagaikan buih-buih di lautan. Tetapi kamu masih ego! Masih bingai! Masih bebal! Sedangkan telah berkali-kali Nabi kamu mengingatkan kamu tentang bahayanya kaum Yahudi, Nasrani, Khawarij dan Dajjal Laknatullah!

Aku sedih kerana kamu punya akses kepada ilmu tetapi kamu LALAI untuk mengetahui kebenaran. Membiarkan diri kamu hanyut dalam dunia khayalan Dajjal yang mampu mencipta syurga dan neraka di dunia seperti mana sabda Nabi. Dan dia mampu membuatkan manusia itu menyembahnya bagai Tuhan!

Kamu lupa dan lalai tentang semua itu. Ya! Kamu telah lalai! Kerana kamu telah menghampiri satu zaman di mana fitnah Dajjal bermaharajalela di mana-mana.

Dia menjanjikan kamu syurga khayalan. Yang tak pernah dibayangkan oleh akal manusia sebelum kamu. Dia berjaya memperdayakan kamu bahawa itulah jalan yang benar dan jalan yang kamu sedang ikuti sekarang ini adalah jalan yang sesat.

Dia telah berjaya menguasai hati kamu kerana kamu biarkan hati kamu BUTA dari mengingati Allah! Kamu biarkan hati kamu BUTA dari melihat kebenaran! Kamu biarkan hati kamu hanyut dalam syurga khayalan dajjal ini.

Sedarlah saudaraku, air di Tasik Kinneret telah hampir kering, bencana telah merebak sampai ke tempat yang sebelum ini bebas dari bencana, bumi telah bergegar, siang telah bertukar menjadi malam, matahari telah terbit dari barat! Semua ini adalah petanda bahawa masanya telah tiba untuk kita semua berhadapan dengan fitnah Dajjal Laknatullah yang terbesar!

Dua puluh kali Nabi menunjuk ke arah Timur apabila di tanya akan tempat munculnya Dajjal. Dua puluh kali saudaraku!

Ramai ulamak percaya Imam Mahdi telahpun ada. Cuma tanda-tanda angkatan tentera yang muncul membawa panji-panji hitam masih belum juga ada. Kita semua di persimpangan dilema!

Maka aku pinta, pegang eratlah pada aqidah yang kamu ada! Genggamlah ia bagai kamu menggenggam bara. Kerana apabila saatnya ia tiba, kamu akan terpaksa memerangi saudaramu sendiri! Keluarga kamu sendiri! Ibu bapa kamu sendiri!

Pegang eratlah pada Empat Mazhab yang terpercaya! Kerana di setiap Mazhab itu adalah empat tugu sunnah Rasul yang telah ada. InsyaAllah, kamu pasti akan terpelihara.

Lemah lembut gemalai tari persilatan Melayu, ilmu pencak tidak di cipta tanpa ilham dari Yang Esa. "Di situ ada Aku, Di sana pun ada Aku", gembiralah bagi mereka yang PERCAYA!

Mudah-mudahan kita selamat semuanya!

Allahu Robbii! Ampunilah hamba-hambaMu ini...Aamiiinnnn....

0 Komentar untuk "Kalimah Allah dan Fitnah Dajjal."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD