Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Dengarkanlah~!! Bila Aku Meluahkan Kata.




Kita adalah umat Islam... bangsa kita adalah Melayu... lihat lah...perhatikanlah...

Bumi ini kita yang punya...di amanahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk kita jaga. Kita bukan India, bukan Cina. Mereka itu ada di merata-rata ceruk dunia. 

Kerana mereka itu tidak percaya Tuhan seperti apa kita percaya. Mereka mudah untuk mendapat tempat di mana-mana sahaja.

Bumi ini,
bumi yang bertuah
bumi yang pernah di rampas daripada kita.
bumi yang kita perolehi semula dengan penuh keringat dan darah.
para pejuang yang terpaksa berkorban nyawa dan segalanya.

Ataukah kita masih buta? 
Masih ingin terperangkap pada perompak gila kuasa?
yang bukan sahaja sanggup melacurkan bangsa,
malah juga agama.
demi memuaskan hawa nafsu menggila.

Bumi ini, 
jika bukan kita yang menjaganya
jika bukan kita yang memelihara kehormatannya
jika bukan kita yang menjadi benteng kepadanya
siapakah lagi yang mampu menggalas beban
memikul tanggungjawab yang takkan pernah lari dari dugaan?

Demi Allah Ta'ala,
jika bukan kini kita pertahankan bumi ini,
kelak pada satu masa nanti,
anak cucu kita, generasi selepas mereka,
tiada lagi tempat bergantung harapan.
akibat kejahilan datuk nenek mereka yang gila meroyan.

Dengarkanlah para ibunda,
dengarkanlah para ayahanda,
dengarkanlah para kekanda,
dengarkanlah para saudara,
dengarkanlah para pemimpin,

BUMI INI, 
janganlah di gadaikan demi KUASA!
janganlah di gadaikan demi WANG dan HARTA!
janganlah digadaikan demi nafsu TAMAK HALOBA!

diam.


~Pendekar Berkuda~
Khamis, 17 Januari 2012
Kuantan, Pahang.
1 Komentar untuk "Dengarkanlah~!! Bila Aku Meluahkan Kata."

assalamualaikum wbt.

sudah banyak sejarah ceritakan kaum yang kalah dipupuskan Allah kerana persendakan agama Allah. bukankah satu nikmat yang besar bila bumi yang kita pijak sangat amai damai dari bencara.

Allahuakbar.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD