Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Gempar ! : Apple Kehilangan Mahkota Syarikat Paling Bernilai di Dunia


Siapa yang tidak mengenali syarikat Apple Inc. ? Sebuah syarikat yang terkenal dengan peranti dan perisian komputer sistem operasi Macintosh OS. Juga syarikat yang terkenal dengan peranti tablet dan elektronik seperti Macbook, iPad, iPod dan iPhone.

Antara barangan keluaran Apple Inc.
Selama bertahun-tahun syarikat ini mendominasi pasaran dunia sehingga menjadi antara sebuah syarikat yang paling bernilai di dunia berdasarkan nilai pasaran saham dan stok.

Syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs ini ditarafkan sebagai syarikat yang paling bernilai di dunia untuk dua tahun berturut-turut sehinggalah pada hari Jumaat lepas, pada 25 Januari 2013, syarikat ini telah kehilangan mahkota syarikat paling bernilai di dunia berdasarkan kepada nilai pasaran saham kepada Exxon Mobil, sebuah syarikat berasaskan minyak dan gas.

Apple kehilangan mahkota syarikat paling bernilai di dunia akibat ketidaktentuan harga sahamnya di pasaran saham.

Ibu Pejabat Apple Inc. di California
Apple mula mengambil alih mahkota sebagai syarikat paling bernilai di dunia daripada Exxon Mobil pada tahun 2011 berdasarkan nilai pasaran saham.

Setahun kemudian, Apple mengambil mahkota syarikat paling bernilai di dunia dari Microsoft, iaitu musuh ketatnya berdasarkan nilai stok.

Kehilangan ini mungkin disebabkan oleh kehilangan inovasi dan idea dan ketidak-yakinan pelabur terhadap Apple selepas kematian pengasas bersamanya, Steve Jobs.

p/s : aku dulu juga pengguna Apple. Pakai MacBook Pro...rinduuu...

p/s 2 : teringin nak rasa pakai Macbook Air pulak...

p/s 3 : Apple oh Apple, kenapalah harga barang kau mahal sangat?? Dush !
12 Komentar untuk "Gempar ! : Apple Kehilangan Mahkota Syarikat Paling Bernilai di Dunia"

harga itu sering seiring mercu tanda. tapi, ada juga yang tidak menepati.

pepatah melayu : alah membeli menang memakai.

brother or singer > kena tanya sama itu hud hud.

tak ape yang penting pasarannya tak diambil pula oleh HTC dan Samsung

memang menang memakai pun kalau macbook pro....hu hu hu...

tanya jangan tak tanya...he he he...

dari segi pemasaran gajet smart phone, memang di ambil alih oleh Samsung bang munir...

apple dah kurang sekarang.. samsung nampaknya mendominasi perniagaan gadget telefon

Betul, dulu saya seorang peminat apple, dan sekarang ni apple dah macam kehabisan idea nak buat inovasi baru. yang paling mengecewakan adalah iphone 5, yang membezakan dia dengan iphone 4s adalah bentuk dia. Interface semua sama. Dan yang terbaru, diorang nak tambah kapasiti storage untuk ipad. hm tahpape

sian apple bila pula mereka kembali jadi raja

Hilang sudahh...adoii..cik nad pon tringin nk beli ipad..aaawwwuuu..hee..

sy dan suami antara peminat terbaru Apple... kalu boleh semua gajet nak yg Apple punye.

teringin nak dapatkan Macbook Air/Pro

adakah mungkin kerana Steve Jobs sudah tiada?

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD