Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Ulama' Yang Wajib Di ikuti

ulama tetaplah ulama...tetapi kamu tidak boleh menyelamatkan umat Islam yang diperangi jika hanya bergantung kepada ulama...

kamu perlukan pakar perang, kamu perlukan saintis, kamu perlukan jurutera, kamu perlukan pakar perubatan...

kamu perlukan semuanya... mereka juga adalah ulama... walau hakikatnya mereka bukan ulama akhirat...

jika bukan kerana pakar ekonomi dalam negara...sudah pasti kebebasan umat Islam dan kedaulatan negara Malaysia sudah diambil alih oleh barat melalui proksi IMF mereka...

ulama akhirat boleh membawa kamu menuju syurga dengan ilmu mereka...tetapi mereka tidak mampu membawa kamu untuk jadi satu umat yang terbaik di kalangan umat Muhammad jika mereka meletakkan hanya akhirat yang terbaik...

kerana ulama yang taksub kepada akhiratlah maka kita tidak mampu memiliki angkatan perang seperti Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih.

pergelutan antara ulama untuk mengangkat diri mereka sendiri bahawa "aku lebih baik dan berilmu dari kamu atau dia."

ulama yang terbaik adalah ulama yang mampu membawa kamu mentauhidkan Allah dan menjadi pembimbing kepada kamu dalam segala macam urusan dunia....

bila mereka di tegur oleh manusia lain, mereka akan bersedih dan tunduk dan berkata...

"dia adalah ujian dari Allah untukku, mungkin Allah mengutus dia untuk menyedarkan aku tentang kesalahanku."

apabila kamu bertemu dengan ulama seperti itu, maka ikutlah dia.

seperti mana sabda Nabi,

"ikutlah dia meski kamu terpaksa merangkak di atas salji."

wallahua'lamu bissawaabb...

0 Komentar untuk "Ulama' Yang Wajib Di ikuti "

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD