Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Jangan Pernah Berhenti Berharap

kehidupan sering dikaitkan dengan rasa putus asa, kecewa, sendiri, sepi, sendu, pilu, dan bermacam lagi kata-kata yang membawakan konotasi bernada "aku ingin sekali menangis".

ketika dugaan melanda seseorang individu yang merasakan peritnya sebuah kehidupan, percayalah di situ letaknya sebuah hikmah di penghujung setiap dugaan yang melanda.

harapan, hanyalah satu perkataan yang sering diungkapkan oleh sesiapa sahaja. tetapi sejauh manakah kita semua mempercayai akan ajaibnya sebuah harapan.

harapan, adalah fitrah semulajadi manusia sejak diciptakan olehNya akan Adam. ketika bila mana malaikat mempersoal akan penciptaannya.

harapan, bila mana seorang ibu yang mengharapkan bahawa anak yang dimilikinya akan mendoakan keselamatannya semasa di alam barzakh.

harapan, bila mana seorang suami mengharapkan agar isterinya akan menjaga kehormatan, maruah dan harga dirinya tatkala dia berpergian ke mana-mana.

harapan, harapan, dan harapan.

semua manusia memiliki harapan. makanya tidak usahlah berduka bila mana kita di duga dengan dugaan yang sedikit cuma.

percayalah pada harapan, kerana itulah Allah memakbulkan akan doa para hambaNya yang soleh dan solehah.

Jangan Pernah Berhenti Berharap.


4 Komentar untuk "Jangan Pernah Berhenti Berharap"

btul bro...kuatkan iman teguhkan pendirian...walau dlm senang atau susah kita sntiasa berharap..dan berharaplah kepadaNya..kerana apa yang ada didunia semua miliknya~

percaya dan berharaplah hanya pada Allah... :) sentiasa berharap padaNya pasti Dia berikan kita jalan... :)

saya masih belum berhenti berharap . mengharap sinarNya menyebelahi saya . In Sha Allah :)

Hmmm.. Memiliki cinta abadi pasti indah.. Cinta manusia hanya sementara..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD