Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Hanya Pelajar Terbaik SPM Boleh Jadi Guru Pelatih di Institusi Perguruan Mulai 2013

Mulai tahun depan, hanya pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia, SPM akan diberi peluang untuk mengikuti latihan sebagai guru pelatih di institusi perguruan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keutamaan kepada mereka yang mendapat keputusan "A" bagi sembilan mata pelajaran atau 9 "A".

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bercakap pada sidang media selepas melancarkan Himpunan Guru Muda 1Malaysia di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, siang tadi.

 Menerusi pendekatan baru itu katanya, hanya 30 peratus lepasan SPM paling cemerlang, layak dilatih sebagai guru. Ia bertujuan meningkatkan kualiti guru sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan, PPP yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Sebelum ini, kebanyakan guru pelatih diambil daripada lepasan SPM yang mendapat 6A hingga 7A.


Komen :

Begitu lebih baik..bukan sekadar keputusan cukup makan sahaja sebelum ini di mana ramai pelajar SPM yang mendapat keputusan kurang baik layak memasuki Institusi atau Maktab perguruan lepas tu boleh jadi cikgu...kan ke lari dari kemampuan sebenar mereka tu?? 

Bukan sedirkit yang macam tu tetapi ramai sekali...sementelah syarat ke Maktab dan Institusi lain yang berkaitan dengan perguruan....Inilah masalahnya bila kerjaya guru menjadi pilihan terakhir selepas tidak dapat melanjutkan pelajaran ke program yang diminati...

Pendekar bercakap berdasarkan pengalaman...kebanyakan best student jarang yang memilih bidang perguruan...trust me...


6 Komentar untuk "Hanya Pelajar Terbaik SPM Boleh Jadi Guru Pelatih di Institusi Perguruan Mulai 2013"

pergh, makin susahlah lepas ni nak jadi ckgu ye

Assalam...pastinya gajipun mesti yang terbaik jugakan,,baru selaras...sepatutnyalah!

abes, yang xbernasib baik untuk cemerlang tu macam mane?kesianla xdiberi peluang...cemerlang waktu spm belum tentu cemerlang sampai bila2....

ramai je pelajar cemerlang minat bidang perguruan.. ada yang dapat 13 A , 12 A , 11 A yang berminat jadi cikgu.. skang kawan2 saya yang cemerlang ni dah jadi cikgu pun..

macam tak fair pada budak2 yg betul2 nak jadi cikgu tapi takde rezeki result spm cemerlang.

tapi kalau buat cara ni bagus jugak. jadi takdelah kerja sebagai seorang guru diperlekehkan. GURU HIGH CLASS ! (Y)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD