Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Bila Kopiah dan Jubah Di Jadikan Satu Alasan...Ustaz 11 Isteri!

Bismillahirrohmaanirrohiimm...

Terpanggil untuk menulis entry ini bila mana terdapatnya kisah seorang Ustaz yang menipu dengan menggunakan penampilan penuh soleh untuk memperdayakan gadis-gadis Muslimah....

Gadis-gadis itu ada yang telah dikahwininya, ada yang telah melahirkan anak dan bermacam-macam lagi perkara...

Temberangnya terbongkar apabila di sebalik kopiah dan kealimannya, tersembunyi sebuah rahsia besar apabila dia do tuduh memiliki sehingga 11 orang isteri...

Makanya, kepada gadis-gadis muslimah di luar sana..ingin sekali pendekar tekankan...kealiman dan kesolehan seseorang itu tidak di ukur dengan apa dia berpakaian...tetapi dengan apa dia beramalan...

Ambillah kisah Juwaiber yang isterinya di pilih oleh Nabi dari kalangan pembesar yang ternama bukan kerana dia kaya...bahkan dia adalah seorang miskin lagi papa kedana..tetapi kerana kesolehannya, dia di anugerahkan isteri yang bukan calang-calang....

Pendekar tahu, ramai perempuan mencari lelaki soleh sebagai suami...tetapi ingatlah bak pesan Nabi :-

" Akan tiba satu kaum dari kalangan kamu yang berpakaian seperti kamu...dari lidah mereka keluar Kalamullah...tetapi ibadah kamu lebih baik dari mereka, dan solat kamu lebih baik dari solat mereka...kerana kalamullah itu tidak lepaspun dari kerongkong mereka..." - Al-Hadis

Ustaz Fathul Bari menyatakan bahawa bila dikatakan tidak lepaspun dari kerongkong mereka...ia bermaksud, mereka tidak faham pun apa yang mereka perkatakan, satu...dan mereka tidak praktikkan pun apa yang mereka katakan, dua...

Makanya, ingatlah saudari-saudari muslimah sekalian, kesolehan, ilmu dan kealiman seseorang lelaki itu tidak dilihat betapa cantiknya serban yang di pakai, betapa cantiknya jubah yang dipakai, betapa banyaknya kalimah Allah yang keluar dari mulutnya.. Akan tetapi di nilai setakat mana dia faham apa yang dia ucapkan, dan sampai mana dia praktikkan apa yang dia sampaikan...

cerita lanjut ---> Ustaz 11 Isteri

Sekian,

Salam Perjuangan Seindah Taman Islami... (^_^)

~ Pendekar Berkuda ~


0 Komentar untuk "Bila Kopiah dan Jubah Di Jadikan Satu Alasan...Ustaz 11 Isteri! "

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD