Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Tak Usah Mengaku Cintakan Nabi lah!

Bismillahirrohmaanirrohiimm..

Aku terpanggil untuk menulis tentang perkara ini apabila melihat kepada betapa nipisnya kesabaran umat Islam..

Aku terpanggil apabila melihat ramai sekali orang yang mengaku mencintai Nabi...

Aku menulis apabila melihat demo dalam negara Islam sendiri yang menyusahkan umat Muhammad itu sendiri akibat provokasi pihak luar... lantas dizalimi oleh mereka orang di dalamnya...

Ia umpama ada orang lain hina ahli keluarga kau...kau marah-marah bentak-bentak dalam rumah kau sendiri sebab kau tak dapat nak sentuh orang tu..dah tu kau jadikan orang dalam rumah kau tu sebagai mangsa ketidaksabaran kau..

Kau zalimi orang dalam rumah tu...siapa lagi zalim? kau atau orang lain?? Ada otak guna...

Cuba tengok ayat kat bawah ni...

Kau yang mengaku cinta kepada
nabimu..
Kau yang mengaku merindukan
nabimu...
Jika kau benar-benar cinta dan rindu
kepada Muhammad nabimu
Buktikan..
Taati perintah-Nya, tinggalkan
larangan-Nya....
Teladani akhlaknya..
Niscaya kelak kau akan berjumpa
dengan Rasulullooh
Niscaya kelak kau akan berkumpul
dengan Rasulullooh..

P/s : itu bukan aku tulis tapi sebahagian daripada lirik lagu Rindu Muhammadku oleh Haddad Alwi...

P/s : Tanya diri kita...adakah kita dah buat semua tu sebelum kita menyatakan bahawa kita cintakan Nabi Muhammad Sollolloohu 'alaihi wasallam...

Apakah akhlak Rosulullah terhadap orang yang menghinanya?? atau kita dahaja yang melampaui batas?? kerana orang luar yang melakukan provokasi...kita berlaku zalim terhadap orang yang datang ke dalam negara dengan aman...Istighfarlah kamu!

Salam Perjuangan...


0 Komentar untuk "Tak Usah Mengaku Cintakan Nabi lah!"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD